Posts

Showing posts from January, 2023

PENGGUNAAN 'GOOGLE TRANSLATE' DALAM MENTERJEMAH

Image
  Assalamualaikum semua..sihat?..jangan stress-stress..kalau penat, rehat sekejap tau🌹.. Cuba teka topik apa harini?..ehh dah tengok dekat tajuk kan..ha, tak pe..topik kali ni kita santai-santai je tau.. okay, saya nak cerita pasal penggunaan 'google translate' (GT) dalam menterjemah. Boleh ke nak guna GT ni untuk menterjemah??..sesuai ke??..atau terjemahan yang dah dibuat tu menepati dengan apa yang kita nak maksudkan?.. Saya yakin ramai yang menggunakan aplikasi ni untuk menterjemah sebab mudah dan pantas untuk diakses. Bukan nak kata tiada kamus yang boleh dicapai di perpustakaan dan sebagainya tetapi ni salah satu jalan mudah yang selalu pelajar praktikkan. Diibaratkan GT ini sebagai penyelamat lebih-lebih lagi dikala pelajar berada dalam waktu yang last minute . Okay, berbalik kepada persoalan di atas..google translate ni boleh je untuk digunakan dalam menterjemah, tetapi sebagai pelajar atau penterjemah, kita tak boleh nak percaya ayat terjemahan yang dipaparkan itu seca...

PENYEBAB SALAH TAFSIR AL-QURAN

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, Harini izzati nak berkongsi berkenaan penyebab berlakunya salah tafsir al-Quran :)  Salah tafsir al-Quran boleh berlaku apabila: 1) Penterjemah menghadapi kekeliruan terhadap ayat mutashabihat. 2) Penterjemah tidak mahir akan teknik dan kaedah mentafsir al-Quran.  3) Penterjemah tidak menguasai bahasa arab dengan baik. 4) Penterjemah mentafsir al-Quran secara ikut-ikutan. 5) Penterjemah mempunyai sikap prejudis dan motif yang tersembunyi. 6) Penterjemah tidak memiliki anugerah kebijaksanaan.  Sebenarnya, tugas sebagai penterjemah al-Quran tidak boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, bahkan penterjemah perlu memiliki syarat dan kelayakan tertentu, agar terjemahan yang dilakukan atau dihasilkan tidak menyeleweng dariapada ajaran dan isi kandungan al-Quran yang mulia. Sekian perkongsian dari izzati,terima kasih kerana sudi membaca, semoga bermanfaat :)

KAEDAH PENTERJEMAHAN AL-QURAN

Image
  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, Harini izzati nak berkongsi berkenaan kaedah penterjemahan al-Quran :)  Kaedah penterjemahan al-Quran terdiri daripada: 1) Penterjemahan Harfiah Penterjemahan ini memindahkan perkataan daripada bahasa asal kepada perkataan lain yang sepadan dengannya dalam bahasa kedua atau sasaran dengan turut menjaga susunan, tarkib dan kedudukan perkataan asal dengan baik dalam teks terjemahan.  2) Penterjemahan Tafsiriyyah Penterjemahan ini tidak menjaga kesamaan dari segi susunan, tarkib dan kedudukan perkataan dengan teks asal. Penterjemahan ini hanya mementingkan makna yang dimaksudkan dan tujuan teks asal tersebut dapat disampaikan dengan jelas dan sempurna. Penterjemahan ini turut dipaggil atau disebut sebagai terjemahan ma'nawiyah. Hal ini kerana penterjemahan tafsiriyyah ini bertujuan untuk menerangkan kata-kata dan makna teks asal dengan menggunakan bahasa lain untuk memenuhi tujuan teks asal itu ditulis.  Sekian perkongsian da...

HAK DAN ETIKA PENTERJEMAH DI MALAYSIA

Hak Penterjemah Jika penulis mempunyai hak terhadap karyanya, penterjemah pula mempunyai hak terhadap karya terjemahan yang dihasilkan/diterbitkan. Jika nama penulis ditulis pada hasil karya, nama penterjemah juga mesti dipaparkan pada karya/terbitan berkenaan sebagai penterjemah. Jika tidak, nama penterjemah harus disebut pada mana-mana bahagian penghargaan hasil terjemahan berkenaan. Namun hak ini tidak terpakai sekiranya penterjemah diupah oleh mana-mana badan/penerbit atau terjemahan yang dihasilkan itu ditugaskan oleh badan yang dipertanggungjawabkan, misalnya agensi, penerbit atau persatuan profesional. Selain hak yang utama itu, seorang penterjemah profesional juga mempunyai hak lain seperti berikut: -berhak menerima atau menolak sebarang tugas terjemahan. -berhak meminta semua dokumen yang diperlukan untuk melakukan kerja terjemahan itu.  -Jika terjemahan dilakukan secara berkumpulan, semua penterjemah mempunyai hak sama terhadap karya terjemahan itu termasuk meletakk...

TOKOH PENTERJEMAHAN: J.C. CATFORD

Catford dilahirkan di Edinburgh, Scotland. Selepas pengajian menengah dan universiti, dia belajar fonetik. Beliau mengajar bahasa Inggeris di luar negara (di Greece, di Palestin dan di Mesir), termasuk semasa Perang Dunia II. Dia bertemu isterinya, Lotte, semasa dia tinggal di Yerusalem. Lotte berasal dari Vienna dan bercakap bahasa Jerman. Bagaimanapun, dia telah berpindah ke Palestin dan semasa dia masih muda dia belajar bahasa lain, seperti Ibrani, Inggeris dan Arab. Ini adalah salah satu sumber pengetahuan Catford tentang bahasa dan fonetik mereka. Catford mengasaskan Institusi Linguistik Gunaan di Universiti Edinburgh, serta jabatan lain di universiti yang sama yang menjalankan pemetaan dialek Inggeris yang berbeza di seluruh Scotland. Catford boleh mengenal pasti dari mana orang berasal secara eksklusif melalui ucapan mereka. Kepakaran beliau - yang termasuk fonetik formal, pengeluaran aerodinamik dan fisiologi pertuturan, keanehan fonetik dalam pertuturan, dan kebolehan yang men...

ISTILAH ARAB : TAMAN PERMAINAN

 Assalamualaikum WBT Hari ini saya akan berkongsi tentang perkataan di bawah :- Lampu ( مِصْبَاحٌ ) Papan Lungsur  ( مُنْزَلَقٌ ) Buaian  ( أُرْجُوْحَةٌ ) Bangku  ( مَقْعَدٌ ) Besi Gayut  ( قَضِيْبُ الْكَمْحِ ) Tali Lompat  ( حَبْلَةُ الْأَعْفَالِ ) Jongkang-jongket  ( طَالِعٌ نَازِلٌ ) Topi Pelindung  ( خَوْذّةٌ  ) Papan Selaju    ( شَرِيْحَةٌ مُنْزَلِقَةٌ ) Layang-layang ( طَائِرَةٌ وَرَقِيَّةٌ ) Bayi ( طِفْلٌ ) Kereta Sorong ( عَرَبَةُ الْيَدِ ) Pagar ( سُوْرٌ ) Kanak-kanak ( أَطْفَالٌ ) Bola ( كُرَةٌ ) Lorong ( زُقَاقٌ ) Belon ( بَالُوْنٌ ) Aiskrim ( بُوْظَةٌ ) Anak Patung ( دُمْيَةٌ ) Tasik ( بُحَيْرَةٌ ) Jambatan ( جِسْرٌ ) Air Pancut ( نَافُوْرَةٌ ) Topi ( قُبَّعَةٌ ) Kasut Roda ( الْمِزْلَجَةُ )

MAKANAN-MAKANAN ARAB

Image
 Kalini saya nak kongsi berkenaan dengan makanan-makanan Arab yang sedap dan boleh dicuba di rumah serta didapati di Malaysia dengan mudah. 1. (Kunafa) كنافة Dibuat daripada pastri yang disebut kataifi dilapisi keju atau bahan lain seperti pistachio atau kacang. 2.  (Falafel) فلافل Berbentuk bola goreng diperbuat daripada kacang (chickpeas/broad beans). 3.  (Shawarma) شاورما Terdiri daripada kepingan daging yang dipotong menjadi kepingan nipis (disusun dalam bentuk kon dan dipanggang menegak serta dipusing secara perlahan. Ianya dicampur bersama sayur dan sos tersendiri kemudian dibalut dengan roti. 4. (Shish Kebab) شيش كباب Terdiri daripada daging yang dipotong kiub, dicucuk di batang lidi dan dipanggang. 5.  (Dolma) ورق العنب Makanan yang dibalut dengan daun anggur kebiasaannya dan intinya terdiri daripada sayur-sayuran keseluruhan, buah-buahan, makanan laut dan sebagainya. -aisyah/23

ISTILAH ARAB-MELAYU-INGGERIS: ANGGOTA TUBUH BADAN

Image
Assalamualaikum dan selamat sejahtera..semoga semuanya dalam lindungan Allah😇..harini saya nak kongsi sedikit istilah yang berkaitan anggota badan.. Mari sama-sama kita belajar setiap anggota badan dalam bahasa arab. Selalu kita dengar dalam bahasa melayu dengan inggeris je kan, harini kita buat kelainan sedikit..   🌸 أعضاء الجسم 🌸 ANGGOTA TUBUH BADAN Bahasa Arab Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Gambar فم   Mulut Mouth يد       Tangan Hand أنف Hidung Nose رِجل Kaki Leg عين Mata Eye سنّ Gigi Teeth أذن Telinga Ear شعر Rambut Hair ذفن Dagu Chin 'Tuntutlah...

SYARAT PENTERJEMAH AL-QURAN

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, Harini izzati nak berkongsi berkenaan syarat penterjemah alQuran :)  -Penterjemah al-Quran perlu memenuhi syarat umum penterjemah. T erdapat empat syarat utama untuk menjadi seorang penterjemah yang baik, iaitu: 1. Mengetahui bahasa sumber.     Bahasa Sumber ialah bahasa asal yang akan diterjemah ke dalam bahasa kedua. Pengetahuan dalam bahasa sumber mestilah mendalam dan baik, seperti mengetahui selok bahasa, keistimewaan dan keganjilan bahasa itu supaya dia memahami makna terkandung dalam teks asal. 2. Mengetahui bahasa penerima.      Bahasa penerima ialah bahasa yang akan diterjemahkan daripada teks asal. Seseorang penterjemah wajarlah mengetahui bahasa penerima lebih baik atau sama baik dengan bahasa sumber. 3. Mempunyai pengetahuan dalam bidang penterjemahan.     Hal ini penting supaya makna atau maklumat dalam teks asal dapat diterjemahkan dengan tepat ke dalam bahasa penerima. Maka, pen...

TOKOH PENTERJEMAHAN ARAB

Ibn al-Batriq. Beliau dikenali antara tahun 796M hingga tahun 806M Banyak buku Greek diterjemahkan oleh beliau. Antaranya ialah buku-buku karangan Galinus dan Abuqrat yang dipersembahkan kepada khalifah al-Ma’mun. Selain itu, beliau juga menerjemahkan buku-buku karangan Batlimus dan Aqlidah. Ternyata terjemahan beliau tidak berapa tepat sehingga terpaksa diterjemahkan semula pada zaman pemerintahan al-Rashid dan al-Ma’mun. Ini disebabkan oleh kaedah terjemahan yang beliau gunakan, iaitu terjemahan katawi. Ramai penerjemah mengikut kaedah terjemahan yang digunakan oleh Ibn al-Batriq (‘Aziz t. th.: 17). Yuhana ibn Masawayh. Beliau dikenali pada tahun 857M, merupakan guru Hunayn ibn Ishaq dan menerjemahkan teks-teks perubatan untuk khalifah al-Rashid (al-Jamili 1982/1391: 156-163). Hunayn ibn Ishaq (809M-873M) Hunayn ibn Ishaq mempelajari ilmu terjemahan daripada Ibn Masawayh. Beliau bekerja sebagai doktor peribadi khalifah al-Ma’mun yang kemudiannya dilantik sebagai ketua Bayt al-Hikmah ...

IBNU JINNI : TOKOH ILMU NAHU

Abu al-Fath Uthman bin Jinni atau lebih dikenal dengan ibnu Jinni dan beliau lahir di Mosul pada Tahun 322H dan telah wafat pada tahun 392H dan beliau merupakan seorang Ulama dalam bidang bahasa Arab dan Nahu. Ibnu Jinni menghabiskan masa kanak-kanaknya juga di kota kelahirannya tersebut.   Beliau belajar ilmu nahwu pada gurunya yang bernama Ahmad bin Muhammad al-Mausili al-Syafi yang lebih dikenal dengan sebutan al-Akhfasy.  Beliau pindah ke Baghdad dan mendalami linguistik selama kurang lebih empat puluh tahun pada gurunya  Abu Ali al-Farisi.  Ibnu Jinni juga banyak belajar pada tokoh linguistik lain, terutama yang terkait dengan pengambilan sumber bahasa (ruwatal-lugah wa al-adab), di antara mereka ialah Abu Bakr Muhammad bin al-Hasan yang lebih dikenal dengan sebutan Ibnu Miqsam, seorang pakar qiraah

TOKOH TERJEMAHAN FRITZ KRENKOW

Nama beliau Fritz Krenkow Beliau memeluk agama Islam dan dikenali dengan nama Muhammad Salim Al-Karankawy. Dilahirkan di Jerman Pada peringkat sekolah menengah pada usia 16 tahunbeliau telah mempelajari pelbagai bahasa antaranya: 1. Bahasa Latin  2. Bahasa Yunani 3. Bahasa Perancis  4. Bahasa Inggeris 5. Bahasa Jerman Beliau pernah berhijrah ke Berlin, German pada tahun 1892 sebelum terbang kembali ke negara Inggeris dan berkahwin dengan warga negara Inggeris.  Pada 1927, beliau beralih ke bidang pengetahuan selepas mengakhiri bidang perniagaan. Dalam bidang pengetahuan, beliau mempelajari dan mendalami bahasa Arab, Parsi dan Urdu dengan sokongan daripada seorang orientalis besar bernama Sir Charles J. Lyall. Selain itu, beliau pernah berhubungan dengan Sultan Haidrabad untuk menyusun Encyclopedia Usmaniah dan ditugaskan menerbitkan buku-buku dalam jumlah yang besar. Antara karya-karya beliau: Syair Umar bin Kalthumdan Syair Al Haris bin Halzah Diterbitkan oleh percetakan...

KERJAYA SEBAGAI SEORANG PENTERJEMAH

Haii semuaa..assalamualaikum..macam mana harini, okay ke tu?..harapnya semua terus kuat tau💪💪..Penterjemah???..tau tak ada kerjaya sebagai penterjemah..ke tak tauuu..hehehhe..kerjaya ni special tau, kita tak de la selalu dengar ceritanya macam kerjaya sebagai polis, engineer, lawyer, doktor kan..tapi sekarang ni, bidang ni sangat diperlukan... sebab apa?..meh nak habaq.. Banyak industri yang memerlukan khidmat penterjemah bagi memudahkan urusan mereka Sebagai contoh: Seorang pilot boleh jadi penterjemah tapi kena bersesuaian dengan pengalaman dan bidang kepakarannya iaitu kejuruteraan.  Kelebihan bagi seorang penterjemah kerana pengalaman dan kemahiran yang dia ada berkekalan atau semakin baik apabila ia dikongsikan dengan semua orang. Industri ni bukan hanya terhad dalam menterjemah buku atau dokumen kepada bahasa yang lain tetapi juga meliputi dari sudut penyediaan sari kata dan jurubahasa. Jadi, jangan pandang remeh terhadap seorang penterjemah kerana kerjaya ini memerlukan ke...

INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, Harini izzati nak berkongsi berkenaan Institut Terjemahan Buku Malaysia :)  Institut Terjemahan & Buku Malaysia (276206 D) atau singkatannya ITBM (sebelum ini dikenal sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia) ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 14 September 1993 untuk menyediakan prasarana bagi mewujudkan industri terjemahan di Malaysia, selaras dengan haluan negara menuju Wawasan 2020. Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, modal asas ITBM dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) manakala pentadbirannya diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selaras dengan Akta Syarikat 1965, objektif, bidang kuasa, ahli lembaga pengarah dan urusan berkaitan fungsi ITBM tertakluk kepada Memorandum dan Tataurusan Persatuan ITBM yang diluluskan oleh Pendaftar Syarikat. ITBM ditubuhkan bagi mengangkat bidang terjemahan dalam negara, mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu ...

BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA ILMU DAN PERADABAN

 Bahasa merupakan unsur kebudayaan. Kebudayaan adalah hasil daripada pemikiran, watak dan akal budi manusia. Bahasa Arab bukan sahaja sebagai unsur kebudayaan tetapi juga merupakan teras kepada kebudayaan dan tamadun Islam sendiri. Bahkan ia adalah nadi dan punca pengajaran Islam kerana al-Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab.  Oleh kerana hubungannya yang rapat dengan Islam dan tersebarnya serentak dengan penyebaran agama itu ke setiap negara umat Islam, menjadikannya bahasa yang terpenting dan sekaligus menjadi media ilmiah, peradaban dan komunikasi yang utama di kalangan negara-negara berkenaan dan lainnya.  Kemampuan bahasa Arab sebagai bahasa ilmu, peradaban dan komunikasi sejak zaman pra-Islam sehingga ke hari ini jelas terbukti dari pengaruhnya terhadap bahasa Melayu di Nusantara, khasnya dalam pembinaan perbendaharaan kata dan kaedah tulisannya, kerana bahasa Melayu selain menjadikan abjad Arab sebagai abjad Melayu (Jawi) tetapi juga telah dan masih meminjam pakai ...

TOKOH PENTERJEMAHAN: EUGENE A. NIDA

Eugene A. Nida (11 November 1914 - 25 Ogos 2011) ialah seorang ahli bahasa Amerika yang membangunkan teori terjemahan Bible kesetaraan dinamik dan salah seorang pengasas disiplin pengajian terjemahan moden.  Beliau seorang lepasan summa cum laude dari University of California pada tahun 1936. Selepas tamat pengajian dia menyertai Camp Wycliffe, di mana teori terjemahan Alkitab diajar. Pada tahun 1937, Nida mengikuti pengajian di University of Southern California, di mana beliau memperoleh ijazah sarjana dalam bahasa Yunani. Pada tahun yang sama beliau menjadi paderi sementara Gereja Calvary Santa Ana, California berikutan peletakan jawatan paderi pengasasnya.  Pada tahun 1943, Nida menerima Ph.D. dalam Linguistik dari Universiti Michigan. Dia ditahbiskan sebagai pendeta Baptis. Dia berkahwin dengan Althea Lucille Sprague pada tahun 1943 dan menetap di Greenwich, Connecticut. Althea Sprague meninggal dunia pada tahun 1993. Pada tahun 1997, beliau berkahwin dengan María Elena Fe...

APLIKASI TERJEMAHAN BAHASA ARAB-MELAYU

Image
Assalamualaikum semua, kalini saya nak kongsikan beberapa aplikasi yang boleh digunakan untuk menterjemah perkataan daripada perkataan bahasa Melayu dan juga bahasa Arab beserta pautan untuk memuat turun. Semoga bermanfaat ! 1. Google translate : aplikasi ni selalu digunakan, tetapi penggunaannya tidak disyorkan sangat kerana terjemahan bagi sesuatu perkataan tidak tepat. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.google.android.apps.translate 2. Microsoft Translator : penggunaan aplikasi ni pun hampir sama dengan google translate. Boleh cuba untuk rasa kelainan.  https://play.google.com/store/apps/details?id=com.microsoft.translator 3. mykamus : aplikasi ini memfokuskan tiga bahasa (ba/ba/bi) lampiran terjemahan daripada perkataan yang kita inginkan diberikan dengan pelbagai, maka kita boleh memilih mengikut kesesuaian perkataan bagi ayat yang kita nak gunakan. https://play.google.com/store/apps/details?id=com.mynasmah.mykamus 4. iTranslate Language Translator https://play...