Posts

PENGENALAN BLOG DAN AHLI

Nama Kumpulan:           LINGUIST JOURNEY           - Nama dicipta bersesuaian dengan objektif blog ditubuhkan. Pengenalan Ahli Kumpulan: السلام عليكم ورحمة الله وبركته Nama diberi Balqis binti Roslan. Saya berasal dari Nibong Tebal, Pulau pinang. Saya merupakan pelajar tahun 3 program Pengajian Arab dan Tamadun Islam  Universiti Kebangsaan Malaysia hasil daripada lulusan STAM pada tahun 2019. Saya berharap semoga perkongsian di blog ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan ilmu pengetahuan baru kepada para pembaca, in sha Allah. Hai dan salam perkenalan semua 👋 nama saya Nur Aisyah Binti Md Rahim berasal dari Kuala Langat, Selangor. Kini saya mengambil program Pengajian Arab dan Tamadun Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia selepas tamat pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia pada tahun 2019. Harapan saya dengan tertubuhnya blog ini dapat berkongsi pendapat dan pengetahuan mengenai ilmu penterjamahan dengan lebih meluas. ...

PENGGUNAAN 'GOOGLE TRANSLATE' DALAM MENTERJEMAH

Image
  Assalamualaikum semua..sihat?..jangan stress-stress..kalau penat, rehat sekejap tau🌹.. Cuba teka topik apa harini?..ehh dah tengok dekat tajuk kan..ha, tak pe..topik kali ni kita santai-santai je tau.. okay, saya nak cerita pasal penggunaan 'google translate' (GT) dalam menterjemah. Boleh ke nak guna GT ni untuk menterjemah??..sesuai ke??..atau terjemahan yang dah dibuat tu menepati dengan apa yang kita nak maksudkan?.. Saya yakin ramai yang menggunakan aplikasi ni untuk menterjemah sebab mudah dan pantas untuk diakses. Bukan nak kata tiada kamus yang boleh dicapai di perpustakaan dan sebagainya tetapi ni salah satu jalan mudah yang selalu pelajar praktikkan. Diibaratkan GT ini sebagai penyelamat lebih-lebih lagi dikala pelajar berada dalam waktu yang last minute . Okay, berbalik kepada persoalan di atas..google translate ni boleh je untuk digunakan dalam menterjemah, tetapi sebagai pelajar atau penterjemah, kita tak boleh nak percaya ayat terjemahan yang dipaparkan itu seca...

PENYEBAB SALAH TAFSIR AL-QURAN

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, Harini izzati nak berkongsi berkenaan penyebab berlakunya salah tafsir al-Quran :)  Salah tafsir al-Quran boleh berlaku apabila: 1) Penterjemah menghadapi kekeliruan terhadap ayat mutashabihat. 2) Penterjemah tidak mahir akan teknik dan kaedah mentafsir al-Quran.  3) Penterjemah tidak menguasai bahasa arab dengan baik. 4) Penterjemah mentafsir al-Quran secara ikut-ikutan. 5) Penterjemah mempunyai sikap prejudis dan motif yang tersembunyi. 6) Penterjemah tidak memiliki anugerah kebijaksanaan.  Sebenarnya, tugas sebagai penterjemah al-Quran tidak boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja, bahkan penterjemah perlu memiliki syarat dan kelayakan tertentu, agar terjemahan yang dilakukan atau dihasilkan tidak menyeleweng dariapada ajaran dan isi kandungan al-Quran yang mulia. Sekian perkongsian dari izzati,terima kasih kerana sudi membaca, semoga bermanfaat :)

KAEDAH PENTERJEMAHAN AL-QURAN

Image
  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, Harini izzati nak berkongsi berkenaan kaedah penterjemahan al-Quran :)  Kaedah penterjemahan al-Quran terdiri daripada: 1) Penterjemahan Harfiah Penterjemahan ini memindahkan perkataan daripada bahasa asal kepada perkataan lain yang sepadan dengannya dalam bahasa kedua atau sasaran dengan turut menjaga susunan, tarkib dan kedudukan perkataan asal dengan baik dalam teks terjemahan.  2) Penterjemahan Tafsiriyyah Penterjemahan ini tidak menjaga kesamaan dari segi susunan, tarkib dan kedudukan perkataan dengan teks asal. Penterjemahan ini hanya mementingkan makna yang dimaksudkan dan tujuan teks asal tersebut dapat disampaikan dengan jelas dan sempurna. Penterjemahan ini turut dipaggil atau disebut sebagai terjemahan ma'nawiyah. Hal ini kerana penterjemahan tafsiriyyah ini bertujuan untuk menerangkan kata-kata dan makna teks asal dengan menggunakan bahasa lain untuk memenuhi tujuan teks asal itu ditulis.  Sekian perkongsian da...

HAK DAN ETIKA PENTERJEMAH DI MALAYSIA

Hak Penterjemah Jika penulis mempunyai hak terhadap karyanya, penterjemah pula mempunyai hak terhadap karya terjemahan yang dihasilkan/diterbitkan. Jika nama penulis ditulis pada hasil karya, nama penterjemah juga mesti dipaparkan pada karya/terbitan berkenaan sebagai penterjemah. Jika tidak, nama penterjemah harus disebut pada mana-mana bahagian penghargaan hasil terjemahan berkenaan. Namun hak ini tidak terpakai sekiranya penterjemah diupah oleh mana-mana badan/penerbit atau terjemahan yang dihasilkan itu ditugaskan oleh badan yang dipertanggungjawabkan, misalnya agensi, penerbit atau persatuan profesional. Selain hak yang utama itu, seorang penterjemah profesional juga mempunyai hak lain seperti berikut: -berhak menerima atau menolak sebarang tugas terjemahan. -berhak meminta semua dokumen yang diperlukan untuk melakukan kerja terjemahan itu.  -Jika terjemahan dilakukan secara berkumpulan, semua penterjemah mempunyai hak sama terhadap karya terjemahan itu termasuk meletakk...

TOKOH PENTERJEMAHAN: J.C. CATFORD

Catford dilahirkan di Edinburgh, Scotland. Selepas pengajian menengah dan universiti, dia belajar fonetik. Beliau mengajar bahasa Inggeris di luar negara (di Greece, di Palestin dan di Mesir), termasuk semasa Perang Dunia II. Dia bertemu isterinya, Lotte, semasa dia tinggal di Yerusalem. Lotte berasal dari Vienna dan bercakap bahasa Jerman. Bagaimanapun, dia telah berpindah ke Palestin dan semasa dia masih muda dia belajar bahasa lain, seperti Ibrani, Inggeris dan Arab. Ini adalah salah satu sumber pengetahuan Catford tentang bahasa dan fonetik mereka. Catford mengasaskan Institusi Linguistik Gunaan di Universiti Edinburgh, serta jabatan lain di universiti yang sama yang menjalankan pemetaan dialek Inggeris yang berbeza di seluruh Scotland. Catford boleh mengenal pasti dari mana orang berasal secara eksklusif melalui ucapan mereka. Kepakaran beliau - yang termasuk fonetik formal, pengeluaran aerodinamik dan fisiologi pertuturan, keanehan fonetik dalam pertuturan, dan kebolehan yang men...

ISTILAH ARAB : TAMAN PERMAINAN

 Assalamualaikum WBT Hari ini saya akan berkongsi tentang perkataan di bawah :- Lampu ( مِصْبَاحٌ ) Papan Lungsur  ( مُنْزَلَقٌ ) Buaian  ( أُرْجُوْحَةٌ ) Bangku  ( مَقْعَدٌ ) Besi Gayut  ( قَضِيْبُ الْكَمْحِ ) Tali Lompat  ( حَبْلَةُ الْأَعْفَالِ ) Jongkang-jongket  ( طَالِعٌ نَازِلٌ ) Topi Pelindung  ( خَوْذّةٌ  ) Papan Selaju    ( شَرِيْحَةٌ مُنْزَلِقَةٌ ) Layang-layang ( طَائِرَةٌ وَرَقِيَّةٌ ) Bayi ( طِفْلٌ ) Kereta Sorong ( عَرَبَةُ الْيَدِ ) Pagar ( سُوْرٌ ) Kanak-kanak ( أَطْفَالٌ ) Bola ( كُرَةٌ ) Lorong ( زُقَاقٌ ) Belon ( بَالُوْنٌ ) Aiskrim ( بُوْظَةٌ ) Anak Patung ( دُمْيَةٌ ) Tasik ( بُحَيْرَةٌ ) Jambatan ( جِسْرٌ ) Air Pancut ( نَافُوْرَةٌ ) Topi ( قُبَّعَةٌ ) Kasut Roda ( الْمِزْلَجَةُ )

MAKANAN-MAKANAN ARAB

Image
 Kalini saya nak kongsi berkenaan dengan makanan-makanan Arab yang sedap dan boleh dicuba di rumah serta didapati di Malaysia dengan mudah. 1. (Kunafa) كنافة Dibuat daripada pastri yang disebut kataifi dilapisi keju atau bahan lain seperti pistachio atau kacang. 2.  (Falafel) فلافل Berbentuk bola goreng diperbuat daripada kacang (chickpeas/broad beans). 3.  (Shawarma) شاورما Terdiri daripada kepingan daging yang dipotong menjadi kepingan nipis (disusun dalam bentuk kon dan dipanggang menegak serta dipusing secara perlahan. Ianya dicampur bersama sayur dan sos tersendiri kemudian dibalut dengan roti. 4. (Shish Kebab) شيش كباب Terdiri daripada daging yang dipotong kiub, dicucuk di batang lidi dan dipanggang. 5.  (Dolma) ورق العنب Makanan yang dibalut dengan daun anggur kebiasaannya dan intinya terdiri daripada sayur-sayuran keseluruhan, buah-buahan, makanan laut dan sebagainya. -aisyah/23