PENGGUNAAN 'GOOGLE TRANSLATE' DALAM MENTERJEMAH

 

Assalamualaikum semua..sihat?..jangan stress-stress..kalau penat, rehat sekejap tau🌹..

Cuba teka topik apa harini?..ehh dah tengok dekat tajuk kan..ha, tak pe..topik kali ni kita santai-santai je tau.. okay, saya nak cerita pasal penggunaan 'google translate' (GT) dalam menterjemah. Boleh ke nak guna GT ni untuk menterjemah??..sesuai ke??..atau terjemahan yang dah dibuat tu menepati dengan apa yang kita nak maksudkan?..


Saya yakin ramai yang menggunakan aplikasi ni untuk menterjemah sebab mudah dan pantas untuk diakses. Bukan nak kata tiada kamus yang boleh dicapai di perpustakaan dan sebagainya tetapi ni salah satu jalan mudah yang selalu pelajar praktikkan. Diibaratkan GT ini sebagai penyelamat lebih-lebih lagi dikala pelajar berada dalam waktu yang last minute. Okay, berbalik kepada persoalan di atas..google translate ni boleh je untuk digunakan dalam menterjemah, tetapi sebagai pelajar atau penterjemah, kita tak boleh nak percaya ayat terjemahan yang dipaparkan itu secara bulat-bulat. Perasan atau tak, selalunya apa yang diterjemah itu tidak berapa tepat dengan maksud dalam bahasa sumber. Ada juga keadaan yang kadang-kadang berlaku di mana terjemahan yang dibuat berubah menjadi ayat yang berbelit-belit sehingga pembaca tak mampu memahaminya dengan jelas dan tepat. Hal ini disebabkan kemampuan komputer untuk memproses maklumat tidak dapat memahami konsep makna dan budaya yang memberi pengaruh terhadap bahasa, pengalaman dan penutur bahasa terbabit dan bersifat sedikit terbatas.

Jadi, diingatkan supaya pembaca perlu lebih cakna dan menjadikan aplikasi ini sebagai satu medium tambahan untuk menterjemah selain menjadikan kamus am, kamus istilah, tesaurus yang diperoleh di perpustakaan dan sebagainya itu sebagai tempat rujukan yang utama. Itu je daripada saya untuk topik harini. Dapat tak something harini?..Semoga ada sedikit manfaat yang korang peroleh..aamiin, inshaa Allah. Terima kasih daun keladi🌹


'Tuntutlah Ilmu Setinggi Langit'








Comments

Popular posts from this blog

INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)

TOKOH PENTERJEMAHAN: EUGENE A. NIDA

HAK DAN ETIKA PENTERJEMAH DI MALAYSIA