INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Harini izzati nak berkongsi berkenaan Institut Terjemahan Buku Malaysia :)
Institut Terjemahan & Buku Malaysia (276206 D) atau singkatannya ITBM (sebelum ini dikenal sebagai Institut Terjemahan Negara Malaysia) ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada 14 September 1993 untuk menyediakan prasarana bagi mewujudkan industri terjemahan di Malaysia, selaras dengan haluan negara menuju Wawasan 2020.
Sebagai sebuah syarikat berkaitan kerajaan, modal asas ITBM dimiliki sepenuhnya oleh Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) manakala pentadbirannya diselia oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Selaras dengan Akta Syarikat 1965, objektif, bidang kuasa, ahli lembaga pengarah dan urusan berkaitan fungsi ITBM tertakluk kepada Memorandum dan Tataurusan Persatuan ITBM yang diluluskan oleh Pendaftar Syarikat.
ITBM ditubuhkan bagi mengangkat bidang terjemahan dalam negara, mengendali hal ehwal berkaitan terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan ilmu pada semua peringkat, kebangsaan mahupun antarabangsa. ITBM juga bertanggungjawab memperkasa dan memperbanyak penerbitan karya asli penulis tempatan bagi merancakkan industri perbukuan negara selaras dengan perluasan mandatnya yang diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Malaysia pada 16 Disember 2011.
Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM) adalah:
- Pusat yang memberikan khidmat terjemahan buku, dokumen, maklumat, perisian dan bahan bacaan lain daripada pelbagai bahasa ke dalam bahasa Melayu dan juga bahasa lain.
- Pusat khidmat kejurubahasaan untuk pelanggan di dalam dan luar negara.
- Pusat pengembangan profesional yang memupuk kaedah, teknik dan seni terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat dalam pelbagai bahasa.
- Pusat pengembangan sumber manusia yang melatih dan meningkatkan kemahiran penterjemah, penyunting, jurubahasa dan profesional bahasa yang berkaitan untuk memenuhi keperluan negara di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
- Pusat rujukan yang menetapkan piawaian dan jaminan mutu terjemahan, kejurubahasaan dan pemindahan maklumat di Malaysia.
.png)
Comments
Post a Comment