KENALI TOKOH PENTERJEMAHAN MALAYSIA
Siapakah beliau? Mari kita kenali beliau dengan lebih rapat Latar Belakang Tokoh Beliau dikenali sebagai Professor Emeritus Dr. Abdullah Hassan. Dilahirkan pada 20 Mac 1942 di Perak. Beliau memperolehi ijazah B.A (1967) dan M.A (1969) dalam jurusan Linguistik Bahasa Melayu daripada Universiti Malaya dan Ph.D (1972) dalam bidang Linguistik Am darpada University of Edinburgh, Scotland. Gelaran Professor Emeritus diperolehi atas jasa dan khidmat beliau kepada Universiti Sains Malaysia (USM). Pernah berkhidmat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan Universiti Malaya (UM) serta memegang jawatan dekan di Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Sarjana linguistik bahasa dan terjemahan tersohor di Malaysia dan Nusantara. Beliau pakar dalam bidang linguistik (linguistik umum, morfologi dan perancangan bahasa), bahasa Melayu. terjemahan, perkamu...