BAHASA ARAB SEBAGAI BAHASA ILMU DAN PERADABAN

 Bahasa merupakan unsur kebudayaan. Kebudayaan adalah hasil daripada pemikiran, watak dan akal budi manusia. Bahasa Arab bukan sahaja sebagai unsur kebudayaan tetapi juga merupakan teras kepada kebudayaan dan tamadun Islam sendiri. Bahkan ia adalah nadi dan punca pengajaran Islam kerana al-Qur’an diturunkan dalam bahasa Arab. 

Oleh kerana hubungannya yang rapat dengan Islam dan tersebarnya serentak dengan penyebaran agama itu ke setiap negara umat Islam, menjadikannya bahasa yang terpenting dan sekaligus menjadi media ilmiah, peradaban dan komunikasi yang utama di kalangan negara-negara berkenaan dan lainnya. 

Kemampuan bahasa Arab sebagai bahasa ilmu, peradaban dan komunikasi sejak zaman pra-Islam sehingga ke hari ini jelas terbukti dari pengaruhnya terhadap bahasa Melayu di Nusantara, khasnya dalam pembinaan perbendaharaan kata dan kaedah tulisannya, kerana bahasa Melayu selain menjadikan abjad Arab sebagai abjad Melayu (Jawi) tetapi juga telah dan masih meminjam pakai istilah-istilah Arab dalam berbagai bidang keilmuan Islam.

Comments

Popular posts from this blog

INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)

TOKOH PENTERJEMAHAN: EUGENE A. NIDA

HAK DAN ETIKA PENTERJEMAH DI MALAYSIA