KERJAYA SEBAGAI SEORANG PENTERJEMAH
Haii semuaa..assalamualaikum..macam mana harini, okay ke tu?..harapnya semua terus kuat tau💪💪..Penterjemah???..tau tak ada kerjaya sebagai penterjemah..ke tak tauuu..hehehhe..kerjaya ni special tau, kita tak de la selalu dengar ceritanya macam kerjaya sebagai polis, engineer, lawyer, doktor kan..tapi sekarang ni, bidang ni sangat diperlukan... sebab apa?..meh nak habaq..
- Banyak industri yang memerlukan khidmat penterjemah bagi memudahkan urusan mereka
Sebagai contoh: Seorang pilot boleh jadi penterjemah tapi kena bersesuaian dengan pengalaman dan bidang kepakarannya iaitu kejuruteraan.
- Kelebihan bagi seorang penterjemah kerana pengalaman dan kemahiran yang dia ada berkekalan atau semakin baik apabila ia dikongsikan dengan semua orang.
- Industri ni bukan hanya terhad dalam menterjemah buku atau dokumen kepada bahasa yang lain tetapi juga meliputi dari sudut penyediaan sari kata dan jurubahasa.
Jadi, jangan pandang remeh terhadap seorang penterjemah kerana kerjaya ini memerlukan kerajinan, ketabahan, penelitian dan sebagainya tetapi sangat memberi pulangan yang besar kepada mereka. Bukan tu saja tau, kerjaya ni boleh dilakukan secara freelance..Jangan lupa ambil peluang ni khususnya bagi mereka yang sudah mahir dalam pelbagai bahasa kerana terbentang di depannya sebuah peluang yang cerah untuk mencuba.
'Tuntutlah Ilmu Setinggi Langit'
Comments
Post a Comment