KAEDAH PENTERJEMAHAN AL-QURAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Harini izzati nak berkongsi berkenaan kaedah penterjemahan al-Quran :)
Kaedah penterjemahan al-Quran terdiri daripada:
1) Penterjemahan Harfiah
Penterjemahan ini memindahkan perkataan daripada bahasa asal kepada perkataan lain yang sepadan dengannya dalam bahasa kedua atau sasaran dengan turut menjaga susunan, tarkib dan kedudukan perkataan asal dengan baik dalam teks terjemahan.
2) Penterjemahan Tafsiriyyah
Penterjemahan ini tidak menjaga kesamaan dari segi susunan, tarkib dan kedudukan perkataan dengan teks asal. Penterjemahan ini hanya mementingkan makna yang dimaksudkan dan tujuan teks asal tersebut dapat disampaikan dengan jelas dan sempurna. Penterjemahan ini turut dipaggil atau disebut sebagai terjemahan ma'nawiyah. Hal ini kerana penterjemahan tafsiriyyah ini bertujuan untuk menerangkan kata-kata dan makna teks asal dengan menggunakan bahasa lain untuk memenuhi tujuan teks asal itu ditulis.
Sekian perkongsian dari izzati,terima kasih kerana sudi membaca, semoga bermanfaat :)

Comments
Post a Comment