Posts

Showing posts from December, 2022

TERJEMAHAN CERITA KANAK-KANAK

Selamat hari jumaat semua..semoga semuanya sihat-sihat belaka😄.. harini saya nak kongsi sebuah cerita kanak-kanak dalam bahasa arab dan terjemahannya sekali. Bismillahirrahmanirrahim..   👉حكاية النسر 👈   يحكى أن نسرا كان يعيش في إحدى الجبال، ويضع عشه على قمة إحدى الأشجار، وكان عش النسر يحتوي على أربع بيضات، ثم حدث أن هز زلزال عنيف الأرض، فسقطت بيضة من عش النسر، وتدحرجت إلى أن استقرت في قن للدجاج، وظنت الدجاجات بأن عليها أن تحمي وتعتني ببيضة النسرهذه، وتطوعت دجاجة كبيرة في السن للعناية بالبيضة إلى أن تفقس، وفي أحد الأيام فقست البيضة، وخرج منها نسر صغير جميل لكن هذا النسر بدأ يتربى على أنه دجاجة، وأصبح يعرف أنه ليس إلا دجاجة، وفي أحد الأيام وفيما كان يلعب في ساحة قن الدجاج، شاهد مجموعة من النسور تحلق عاليا في السماء، فتمنى هذا النسر لو كان يستطيع التحليق عاليا مثل هؤلاء النسور، لكنه قوبل بضحكات الاستهزاء من الدجاج، قائلين له: "ما أنت سوى دجاجة، ولن تستطيع التحليق عاليا مثل النسور"، وبعدها توقف النسر ععن حلمه بالتحليق في الأعالي، وآلمه اليأس، ولم يلبث أن مات بعد أن عاش حياة ط...

MENGENAL SIBAWAIH SEBAGAI ULAMA DI BIDANG BAHASA ARAB

Assalamualaikum WBT Harini saya akan berkongsi berkenaan dengan seorang tokoh ulama dalam bidang bahasa arab. Nama lengkapnya Amr Bin Utsman Bin Qanbar Abu Bisyr, dijuluki nama Sibawaih.  Dia asli kelahiran Negara Persia, tepatnya dikota Baidha. Kemudian ia bersama keluarganya hijrah ke kota Basrah, dan di sana ia tumbuh berkembang dalam lingkungan ilmiah. Ilmu pengetahuan pertama yang dia pelajari adalah Fikih  dan Hadist. Sibawaih mempelajari hadis dari Hamad Bin Sahnah. Pada suatu hari, Sibawaih menerima diktean hadis dari gurunya, hamad yang berbunyi :  لَيْسَ مِنْ أَصْحَابِى إِلاَّ مَنْ لَوْ شِئْتَ لأَخَذْتُ عَلَيْهِ لَيْسَ أَنَا الدَّرْدَاءِ Sibawaih langsung menyanggah sambil berkata : لَيْسَ أَبُوْ الدَّرْدَاءِ Dia menduga lafazh abu darda adalah isim laisa. Gurunya langsung menimpali: kamu salah wahai Sibawaih. Bukan itu yang kamu maksudkan, tetapi lafazh laisa disini adalah istitsna ! Maka Sibawaih langsung berkata:” tentu aku akan mencari ilmu, dimana aku tidak...

TERJEMAHAN ARAB-MELAYU CERITA KANAK-KANAK

Image
  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, Harini izzati nak berkongsi berkenaan terjemahan Arab-Melayu cerita kanak-kanak :)  KISAH PERTAMA: GAJAH MAHU BERMAIN Gajah kecil itu ingin bermain dengan itik yang bertemu dengannya dalam perjalanan, itik itu memberitahunya bahawa dia tidak kisah. Dan dia perlu turun bersamanya ke sungai kerana itulah tempat kegemarannya di mana dia boleh bermain di dalamnya. Gajah itu takut kerana tidak tahu bagaimana untuk berenang. Tiba-tiba seekor  burung berhenti di atas belakang gajah, lalu bertanya kepadanya soalan yang sama dia ajukan kepada itik. Dan burung itu berkata: Kadang-kadang saya bosan hanya bermain dengan kumpulan saya sahaja ... Saya juga mahu bermain dengan rakan selain kumpulan saya. Akan tetapi tempat kegemaran kami untuk bermain adalah berbeza. Gajah itu ketawa dan segera pulang ke rumahnya dan mencari kawannya sahaja.   Sekian perkongsian dari izzati,terima kasih kerana sudi membaca, semoga bermanfaat :)

TERJEMAHAN CERITA KANAK-KANAK

Image
TERJEMAHAN  CERITA KANAK-KANAK Assalamualaikum. Pada hari ini saya akan berkongsi sebuah cerita kanak-kanak di dalam Bahasa Melayu dan terjemahannya dalam bahasa Arab. Cerita kanak-kanak yang saya pilih untuk dikongsikan pada hari ini ialah “Angsa Yang Bertelur Emas”. TERJEMAHAN BAHASA ARAB: الأوزة التي   وضعت البيض الذهبي   مزارع وزوجته يعيشان في سعادة في مزرعة صغيرة ، يربيان قطيعًا من الأوز ويبيعان بيضها في السوق.  إنهما ليسا أغنياء ، لكنهما سعداء بحياتهم.   ذات يوم ، طار أوزة للانضمام إلى قطيع الأوز. في اليوم التالي ، فوجئ الزوجان بإيجاد بيضة ذهبية متلألئة في عش قطيع الأوز. كل يوم بعد ذلك ، ستضع الإوزة بيضة ذهبية!   بعد فترة وجيزة ، أصبح الزوجان أكثر ثراءً مما حلموا به من قبل. لكنهما ليسا سعداء. إنهما غير راضين عن بيضة ذهبية واحدة في اليوم. قال المزارع لزوجته: "الإوزة يجب أن تكون ممتلئة بالذهب ، فلماذا ننتظر   ليحصل من الذهب؟"   وافقت زوجته: "إذا قطعنا جسده ، يمكننا الحصول على كل البيض دفعة واحدة". لذلك قتلوا الأوزة! لقد فوجئوا عندما وجدوا أن ج...

TERJEMAHAN KISAH KANAK-KANAK (الطموح مصيدة)

Selamat kembali untuk perkongsian kali ini. Jom kita akan bersama-sama menghayati kisah kanak-kanak yang dikongsikan ini sambil memahaminya dalam Bahasa Arab dan diterjemah kepada bahasa Melayu: الطموح مصيدة Kisah Cita-Cita adalah Perangkap ذهـب صديقـان ليصطـادا الأسمـاك فاصطـاد أحدهمـا سمكـةً كبيـرةً فوضعهـا في حقيبتـه ونهـض لينصـرف. فسـأله الآخـر: إلـى أيـن تذهب؟! فأجـابه الصّديـق: إلى البيـت، فقد اصطـدت سمكـةً كبيـرةً جدّاً تكفينـي، فـردّ الرّجـل: انتظـر لتصطـاد المزيـد من الأسمـاك الكبيـرة مثلـي، فسألـه صديقـه: ولمـاذا أفعـل ذلك؟  Dua kawan pergi memancing ikan terdapat salah seorang daripada mereka menangkap ikan besar lalu memasukkannya ke dalam begnya serta bangun untuk pergi, Maka yang lain bertanya kepadanya: Ke mana kamu ingin pergi?! Sahabat itu menjawab: ke rumah, saya menangkap ikan yang sangat besar itu sudah cukup untuk saya, sahabat yang satunya lagi menjawab: Tunggu untuk menangkap lebih banyak ikan besar seukuran saya, maka kawannya bertanya kepadanya: Mengapa say...

ISTILAH ARAB: SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA

Sambutan Hari Raya Aidiladha🐄🐐 Di Malaysia sendiri terdapat pelbagai perayaan dan sambutan yang diraikan kerana wujudnya kepelbagaian dalam budaya, kaum dan agama yang dianuti oleh rakyat Malaysia yang mana ia disambut setiap tahun. Sambutan yang diraikan di Malaysia khususnya buat rakyat yang beragama Islam ialah seperti sambutan Maal Hijrah, Nuzul Quran, Hari Raya Aidilfitri,  Maulidur Rasul  dan sebagainya serta perayaan kaum lain boleh disambut selagi tidak menyalahi syariat dan bercanggah dengan syarak. Tetapi hari ini, saya ingin menyebut sedikit istilah yang digunakan berkaitan sambutan  Hari Raya Aidiladha ✨.. Sambutan Hari Raya Aidiladha: احتفال بعيد الأضحى  Solat Hari Raya: صلاة العيد  Mengunjungi: زار/ يزور Menyembelih Haiwan Korban:   ذبح الأضحية  Dengan Bertakbir: بالتكبير 'Tuntutlah Ilmu Setinggi Langit'

ISTILAH ARAB: SAMBUTAN MAULIDUR RASUL

Image
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, Harini izzati nak berkongsi istilah-istilah arab berkaitan tema 'Sambutan Maulidur Rasul' :) Antara istilah-istilah yang digunakan ialah: - مولد الرسول Kelahiran Rasulullah - قصائد مدح النبي Qasidah memuji nabi - شهر ربيع الأول Bulan Rabiul Awal - موكب Perarakan - حفل ذكرى المولد النبوي الشريف Majlis memperingati keputeraan Nabi - صلوا على النبي Berselawatlah ke atas Nabi   Sekian perkongsian dari izzati,terima kasih kerana sudi membaca, semoga bermanfaat :)

TERJEMAHAN SEMANTIK

Assalamualaikum WBT Pada hari ini saya akan berkongsi berkenaan dengan terjemahan semantik Terjemahan Semantik ialah terjemahan yang mencuba menghuraikan makna konteks yang terdpt dlm teks asal setepat-tepatnya, setakat yang dibenarkan oleh struktur semantik dan sintaksis bahasa sasaran. Ciri-ciri Terjemahan Semantik 1. Banyak berkisar dalam budaya asal. 2. Menolong pembaca hanya pada konotasi. 3. Lebih cenderung kepada terjemahan berlebihan. 4. Mementingkan makna. 5. Mementingkan bahasa sumber. 6. Lebih bersifat rumit, lebih terperinci, lebih kekok, lebih mendalam dan lebih menelusur  proses fikiran penyampai daripada tujuannya. 7. Mementingkan bahasa dan mengandungi maklumat yang banyak. 8. Mutu terjemahan semantik selalunya lebih rendah.  9. Menyebabkan makna teks sumber hilang iaitu cuba mencipta semula setepatnya nada & sifat khusus teks asal.  10. Perkataannya dianggap tidak boleh diusik. Terjemahan semantik terpisah daripada masa dan ruang setempat   ...

ISTILAH ARAB: SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

  ISTILAH-ISTILAH ARAB BERKAITAN DENGAN HARI KEBANGSAAN NEGARA   Assalamualaikum semua. Pada hari ini saya akan kongsikan beberapa istilah Bahasa Arab yang berkaitan dengan tema sambutan/perayaan di Malaysia dan saya memilih untuk berkongsi tentang istilah-istilah berkaitan sambutan hari kebangsaan Malaysia. Semoga perkongsian ini dapat memberi satu ilmu pengetahuan baharu kepada para pembaca, InshaAllah.   TEMA:  Hari Kebangsaan   اليومُ الوطني/عِيد الاستقلال/يومُ الاستقلالِ Hari Kemerdekaan/Hari Kebangsaan     لواءٌ معزٌّ/العَلمُ الوطنيّ Jalur Gemilang/Bendera Kebangsaan     ساحةُ الاستقلالِ Dataran Merdeka   النشيدُ الوطني Lagu Kebangsaan   الزهرةُ الوطنيَّةُ Bunga Kebangsaan    صرخةُ الاستقلالِ Laungan Merdeka

SAMBUTAN DI MALAYSIA: TAHUN BARU CINA

Image
Malaysia terkenal dengan pelbagai kaum dan budaya yang unik. Hal ini menjadikan Malaysia mempunyai pelbagai sambutan yang perlu diraikan. Antaranya ialah sambutan Tahun Baru Cina yang disambut oleh kaum Cina khususnya di Malaysia. Saya ingin berkongsi istilah-istilah yang unik bahasa Arab 1.      سنة صينية جديدة  ( Tahun Baru Cina ) 2.      شيونغسام  (Cheongsam)               3.      التقويم القمري الصيني التقليدي                (Kalendar Lunar Cina Tradisional) 4.      المقصوصات الورقية  ( Konfeti ) 5.      رقصة التنين (Tarian Naga)   5.       فانوس صيني (Tanglung)   -aisyah/19

MAKNA DALAM PENTERJEMAHAN: MAKNA KONOTASI

        📍MAKNA KONOTASI  📍 Makna konotasi atau konotatif secara umumnya boleh difahami sebagai makna yang dieksperasikan secara tersirat dalam sesebuah ujaran. Ia juga dilihat berkait rapat dengan aspek budaya, emosi, konteks penggunaan, persekitaran serta pengalaman dan lain-lain yang mana ia boleh diterjemahkan bergantung kepada tafsiran pengguna perkataan tersebut sama ada memberi nilai positif atau negatif. Contohnya: Perkataan Makna Konotatif Contoh Ayat Bunga Faedah pinjaman atau gadis atau tanda bermulanya sesuatu. Zainab merupakan bunga yang menawan hati ramai jejakan di kampung itu. Kaki Ayam Kaki yang tidak berkasut Fahmi terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya sudah tiada. Dalam bidang semantik, makna konotatif atau konotasi secara umumnya merujuk kepad a makna yang dikemukakan secara tersirat dala m sesebuah ...

MAKNA DALAM PENTERJEMAHAN: MAKNA SOSIOKULTURAL

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, Harini izzati nak berkongsi berkenaan salah satu makna dalam penterjemahan iaitu makna sosiokultural :) Makna suatu bahasa sangat berkaitan rapat dengan sosiokultural dimana bahasa itu digunakan sebagai alat komunikasi oleh masyarakat (Soemarno,1999:7). Kelompok masyarakat satu dengan lainnya sebagai pengguna bahasa tentu saja mempunyai istilah-istilah budaya yang bersifat unik yang kadang-kadang tidak dapat ditemukan padanannya dalam bahasa yang lain. Makna sosiokultural seringkali dipengaruhi oleh pola hidup masyarakat sebagai pengguna bahasa itu. Selain sering ditemukan dalam bentuk kata-kata istilah budaya, seperti thanksgiving  dan sebagainya, sering juga ditemukan dalam ungkapan-ungkapan peribahasa yang tidak dapat dijelaskan maknanya dari kata-kata yang membentuk ungkapan itu, seperti miss the boat , feel like a million buck , black sheep dan sebagainya. Seorang penterjemah harus peka terhadap kata-kata yang erat ...

MAKNA TERJEMAHAN: MENGIKUT SITUASI DAN KONTEKS AYAT

  MAKNA TERJEMAHAN MENGIKUT SITUASI DAN KONTEKS AYAT   Setiap ayat dalam suatu bahasa kebiasaannya mempunyai makna lebih dari satu. Makna yang terkandung dalam satu ayat itu sangat dipengaruhi oleh konteks bagaimana ayat itu digunakan dalam proses komunikasi.   Konteks, menurut Zuchridin dalam Soemarno (1999:5) diertikan sebagai hubungan antara unsur-unsur gramatikal ataupun leksis dengan unsur-unsur situasi yang relevan. Makna suatu ayat  akan mempunyai maksud sebanyak situasi atau konteks yang menyertainya. Dengan demikian kemampuan penterjemah dalam memahami situasi ayat itu digunakan adalah sangat penting, sehingga ia mampu menentukan padanan makna yang sesuai dalam bahasa sasaran. Konteks yang kebiasaan terikat oleh selain tempat juga waktu yang menyertainya. Sebagai contoh:   a. The prisoner throught that the policeman would not have the heart to  fine  him. b. The rescue team hopes that the weather will be  fine  soon. c. Do you t...

TERJEMAHAN DOA RABITHAH

Assalamualaikum Wbt. Hari ini saya akan berkongsi tentang terjemahan doa Rabithah Antara tujuan dibacakan doa rabithah adalah untuk mengeratkan persaudaraan sesama umat islam, serta mempunyai perasaan belas kasihan terhadap orang lain Teks arab bacaan Doa Rabitah اَللّهُمَّ إِنَّكَ تَعْلَمُ أَنَّ هَذِهِ الْقُلُوْبَ , قَدِ اجْتَمَعَتْ عَلَي مَحَبَّتِكَ وَالْتَقَتْ عَلَى طَاعَتِكَ, وَتَوَحَّدَتْ عَلَى دَعْوَتِكَ وَتَعَاهَدَتْ عَلَى نُصْرَةِ شَرِيْعَتِكَ فَوَثِّقِ اللَّهُمَّ رَابِطَتَهَا, وَأَدِمْ وُدَّهَا، وَاهْدِهَا سُبُلَهَا وَامْلَأَهَا بِنُوْرِكَ الَّذِيْ لاَ يَخْبُوْا وَاشْرَحْ صُدُوْرَهَا بِفَيْضِ الْإِيْمَانِ بِكَ, وَجَمِيْلِ التَّوَكُّلِ عَلَيْكَ وَاَحْيِهَا بِمَعْرِفَتِكَ، وَأَمِتْهَا عَلَى الشَّهَادَةِ فِيْ سَبِيْلِكَ إِنَّكَ نِعْمَ الْمَوْلَى وَنِعْمَ النَّصِيْرِ اَللَّهُمَّ أَمِيْنَ Teks rumi bacaan doa rabitah: Maksud doa rabitah: Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya Engkau mengetahui hati kami. Kami telah berkumpul karena cinta-Mu, dan berjumpa dalam ketaatan pada-Mu, dan ber...

MAKNA DALAM PENTERJEMAHAN: MAKNA GRAMATIKAL

 Makna yang digunakan dalam penterjemahan terbahagi kepada beberapa jenis makna. Antaranya termasuk makna gramatikal yang disebut juga sebagai 'makna fungsian' atau 'makna tatabahasa. 👉Definisi gramatikal ialah makna suatu kata yang sudah berada dalam suatu perkataan, klausa mahupun kelompok kata.  🖉Contoh makna gramatikal yang dapat difahami dengan mudah ialah 1. Perkataan daripada Bahasa Inggeris . ➥  Can - Perkataan tersebut boleh membawa makna jika, tin mahupun boleh.  2. Perkataan daripada Bahasa Melayu. ➥ Batas - Boleh berlaku perubahan makna dengan penambahan seperti pengimbuhan, penggandaan dan  pemajmukan. - Perkataan tersebut berubah mengikut pelbagai kegunaan dalam aplikasi bahasa.  Dari segi pengimbuhan: dibatas, perbatasan, batasan, membataskan, keterbatasan dan pembatasan. 3. Perkataan dalam Bahasa Arab. ➥ من -  Makna gramatikal yang terjadi akibat prosesnya menyebabkan perubahan dari segi makna mengikut kesesuaian ayat yang digunakan. ...

PERIBAHASA ARAB: 😇 العقل السليم في الجسم السليم

Image
Satu peribahasa yang sering didengari oleh semua peringkat umur khususnya bagi yang bersekolah agama; ia mengingatkan kita sebagai hamba untuk tmeletakkan hal berkaitan kesihatan sebagai perkara yang utama untuk dijaga dengan baik dan perlu diberi perhatian yang lebih.  ✨  العَقْلُ السَّلِيم فِي الجِسْمِ السَّلِيم ✨ Maksudnya: Akal yang sejahtera datang dari badan yang sihat           Melalui pepatah ini, kita perlu tahu betapa pentingnya seseorang itu untuk menjaga kesihatan dengan baik. Apabila badan kita sihat dan cergas, pemikiran dan segala perbuatan yang kita mahu lakukan berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancang. Sebagai seorang student, kita perlu sentiasa melakukan aktiviti yang menggerakkan tubuh badan kita menjadi aktif dan tidak lemau supaya kita boleh berfikir dengan bagus dan mampu menyelesaikan segala assingment yang diberikan dengan sebaiknya. Selain daripada aktiviti berjoging, brisk walk dan sebagainya; penjagaan dari ...

PERIBAHASA ARAB: ﻣَﻦْ ﻗَﻞَّ ﺻِﺪْﻗُﻪُ ﻗَﻞَّ ﺻَﺪِﻳْﻘُﻪُ

Image
  Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua, Harini izzati nak berkongsi berkenaan peribahasa Arab iaitu “ﻣَﻦْ ﻗَﻞَّ ﺻِﺪْﻗُﻪُ ﻗَﻞَّ ﺻَﺪِﻳْﻘُﻪُ”  :) Peribahasa Arab ini bermaksud, “siapa yang sedikit kejujurannya, sedikit temannya.” Jadi dari peribahasa ini apa yang boleh kita dapat adalah berkenaan betapa pentingnya kita untuk berbicara jujur. Hal ini kerana, seperti yang kita sendiri tahu, tiada seorang pun yang suka kalau orang lain bercakap bohong dengan kita, betul tak? Jadi, sebenarnya kita dituntut untuk bercakap jujur dan benar. Dalam hadis Rasulullah S.A.W bersabda: قُلِ الْحَقَّ، وَإِنْ كَانَ مُرًّا Maksudnya: “Berkatalah benar, sekalipun ia pahit.” Hadis riwayat Imam Ibn Hibban (361) dalam Sahih-nya.   Sekian perkongsian dari izzati,terima kasih kerana sudi membaca, semoga bermanfaat :)

PERIBAHASA ARAB: ILMU TANPA AMAL

  Assalamualaikum. Pada hari ini saya akan berkongsi tentang peribahasa atau pepatah Bahasa Arab beserta terjemhannya serta sedikit penerangan di sebalik maksud peribahasa tersebut. Peribahasa yang saya pilih untuk dikongsikan besama pada hari ini ialah:   عِلْمٌ بِلَا عَمَلٍ كَالشَّجَرِ بِلَا ثَمَرٍ “Ilmu tanpa amal bagaikan pohon yang tidak berbuah.”   Maksudnya, sebesar mana pun sesuatu pohon itu, tetap tidak dapat memberikan manfaat kepada sesiapa pun sekiranya pokok tersebut tidak menghasilkan dan mengeluarkan buah. Begitulah juga perumpamaannya dengan ilmu. Sehebat mana atau setinggi mana ilmu seseorang itu, tetapi kalau tidak diamalkan atau disebarkan samalah seperti pohon yang tidak berbuah. Syeikh Abdurrahman bin Qasim Rahimahullah juga pernah mengatakan bahawa: “Amal adalah buah dari ilmu. Ilmu itu ada dalam rangka mencapai sesuatu yang lainnya. Ilmu diibaratkan seperti sebuah pohon, sedangkan amalan adalah seperti buahnya. Maka setelah mengetahui ajaran agama I...

PERIBAHASA ARAB: مَن حَفَرَ حَفرَةً لِأَخِيهِ وَقَعَ فِيهَ

Kali ini, saya ingin berkongsi mengenai penggunaan peribahasa Arab yang tidak asing untuk kita praktikkan dengan mudah iaitu  " مَن حَفَرَ حَفرَةً لِأَخِيهِ وَقَعَ فِيهَا " Apabila diterjemahkan kepada bahasa Melayu, peribahasa ini bermaksud ' Siapa yang menggali lubang untuk saudaranya, dia sendiri yang akan terjatuh ke dalamnya '. Ini bermakna peribahasa tersebut mengatakan bahawa ' seperti mana kamu buat kepada orang lain, seperti itulah kamu akan diperbuat '. Peribahasa ini juga dapat disama ertikan dengan peribahasa Bahasa Melayu seperti  Alang berjawab, tepuk berbalas Kalau dicampak bunga takkan dibalas tahi Apa yang ditanam, itulah yang tumbuh Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat Kisah Dua Saudara 📖Terdapat kisah yang dapat dikaitkan dengan peribahasa ini yang diceritakan ada dua orang yang bersaudara yang mempunyai kisah yang berbeza. Seorang daripadanya kaya dan terkenal dan seorang lagi buta dan miskin. Malangnya, saudara yang kaya terse...