SYARAT PENTERJEMAH AL-QURAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Harini izzati nak berkongsi berkenaan syarat penterjemah alQuran :) 

-Penterjemah al-Quran perlu memenuhi syarat umum penterjemah.

Terdapat empat syarat utama untuk menjadi seorang penterjemah yang baik, iaitu:

1. Mengetahui bahasa sumber.

    Bahasa Sumber ialah bahasa asal yang akan diterjemah ke dalam bahasa kedua. Pengetahuan dalam bahasa sumber mestilah mendalam dan baik, seperti mengetahui selok bahasa, keistimewaan dan keganjilan bahasa itu supaya dia memahami makna terkandung dalam teks asal.

2. Mengetahui bahasa penerima.

    Bahasa penerima ialah bahasa yang akan diterjemahkan daripada teks asal. Seseorang penterjemah wajarlah mengetahui bahasa penerima lebih baik atau sama baik dengan bahasa sumber.

3. Mempunyai pengetahuan dalam bidang penterjemahan.

    Hal ini penting supaya makna atau maklumat dalam teks asal dapat diterjemahkan dengan tepat ke dalam bahasa penerima. Maka, penterjemah perlu mengetahui bidang yang hendak diterjemah itu dengan mendalam.

4. Mengetahui teori dam amalan terjemahan.

Bidang penterjemahan telah melahirkan teori dan kaedah ilmiahnya yang tersendiri. Maka, penting untuk penterjemah melengkapkan diri dengan ilmu tersebut sebelum memulakan kerja penterjemahan.

- Penterjemah al-Quran mesti setia dan jujur pada makna dan maksud yang dibawa oleh teks sumber (al-Quran).

- Teks terjemahan mestilah dianggap satu karya baru.


 Sekian perkongsian dari izzati,terima kasih kerana sudi membaca, semoga bermanfaat :)


Comments

Popular posts from this blog

INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)

TOKOH PENTERJEMAHAN: EUGENE A. NIDA

HAK DAN ETIKA PENTERJEMAH DI MALAYSIA