MAKNA DALAM PENTERJEMAHAN: MAKNA GRAMATIKAL
Makna yang digunakan dalam penterjemahan terbahagi kepada beberapa jenis makna. Antaranya termasuk makna gramatikal yang disebut juga sebagai 'makna fungsian' atau 'makna tatabahasa.
👉Definisi gramatikal ialah makna suatu kata yang sudah berada dalam suatu perkataan, klausa mahupun kelompok kata.
🖉Contoh makna gramatikal yang dapat difahami dengan mudah ialah
1. Perkataan daripada Bahasa Inggeris.
➥ Can
- Perkataan tersebut boleh membawa makna jika, tin mahupun boleh.
2. Perkataan daripada Bahasa Melayu.
➥ Batas
- Boleh berlaku perubahan makna dengan penambahan seperti pengimbuhan, penggandaan dan pemajmukan.
- Perkataan tersebut berubah mengikut pelbagai kegunaan dalam aplikasi bahasa.
Dari segi pengimbuhan: dibatas, perbatasan, batasan, membataskan, keterbatasan dan pembatasan.
3. Perkataan dalam Bahasa Arab.
➥ من
- Makna gramatikal yang terjadi akibat prosesnya menyebabkan perubahan dari segi makna mengikut kesesuaian ayat yang digunakan.
- Makna perkataan tersebut boleh jadi makna untuk menunjukkan tempat asli 'daripada Mekah', makna perbandingan 'lebih besar daripada' dan sebagainya.
-aisyah/12
Comments
Post a Comment