TERJEMAHAN CERITA KANAK-KANAK
Selamat hari jumaat semua..semoga semuanya sihat-sihat belaka😄.. harini saya nak kongsi sebuah cerita kanak-kanak dalam bahasa arab dan terjemahannya sekali. Bismillahirrahmanirrahim..
👉حكاية النسر 👈
يحكى أن نسرا كان يعيش في إحدى الجبال، ويضع عشه على قمة إحدى الأشجار، وكان عش النسر يحتوي على أربع بيضات، ثم حدث أن هز زلزال عنيف الأرض، فسقطت بيضة من عش النسر، وتدحرجت إلى أن استقرت في قن للدجاج، وظنت الدجاجات بأن عليها أن تحمي وتعتني ببيضة النسرهذه، وتطوعت دجاجة كبيرة في السن للعناية بالبيضة إلى أن تفقس، وفي أحد الأيام فقست البيضة، وخرج منها نسر صغير جميللكن هذا النسر بدأ يتربى على أنه دجاجة، وأصبح يعرف أنه ليس إلا دجاجة، وفي أحد الأيام وفيما كان يلعب في ساحة قن الدجاج، شاهد مجموعة من النسور تحلق عاليا في السماء، فتمنى هذا النسر لو كان يستطيع التحليق عاليا مثل هؤلاء النسور، لكنه قوبل بضحكات الاستهزاء من الدجاج، قائلين له: "ما أنت سوى دجاجة، ولن تستطيع التحليق عاليا مثل النسور"، وبعدها توقف النسر ععن حلمه بالتحليق في الأعالي، وآلمه اليأس، ولم يلبث أن مات بعد أن عاش حياة طويلة مثل الدجاج
🔎Kisah Helang🔍
Diceritakan pada suatu hari, seekor burung helang tinggal di sebuah gunung. Helang itu membuat sarangnya di atas salah satu pokok dan mempunyai empat biji telur, kemudian terjadi satu gempa yang besar menggegarkan bumi. Lalu sebiji telur burung helang telah jatuh daripada sarangnya dan ia bergolek sehingga sampai di reban ayam. Dan ayam-ayam tersebut berfikir bahawa helang memberi telur itu untuk dijaga dan dilindungi, maka seekor ayam tua menawarkan diri untuk menjaga telur tersebut sehingga menetas. Pada suatu hari telur itu menetas dan seekor anak helang yang comel keluar daripadanya.
Tetapi anak helang ini mula dibesarkan sebagai seekor ayam jadi dia tahu bahawa dia hanyalah seekor ayam. Pada suatu hari, ketika dia bermain-main di halaman reban ayam, dia melihat sekumpulan helang terbang tinggi di langit, dan berangan-angan untuk terbang setinggi mereka. Tetapi, anak-anak ayam yang lain mengejek dan mentertawakannya sambil berkata kepada anak helang tersebut: "Kau hanyalah seekor ayam, dan kau tidak akan dapat terbang tinggi seperti sekumpulan burung helang tersebut." Selepas itu, helang itu terus berhenti berangan untuk terbang tinggi, dan dia berasa putus asa lalu tidak lama kemudian burung helang itu mati setelah hidup panjang seperti seekor ayam.
The end...Jadi moral of the story, kita jangan sesekali mengejek atau mempersendakan angan-angan seseorang kerana ia akan memberi impak negatif terhadap si dia seperti hilang semangat dan putus asa untuk mencapai angannya itu. Semoga cerita ini dapat memberi sedikit manfaat kepada pembaca🌹
Comments
Post a Comment