PERIBAHASA ARAB: ﻣَﻦْ ﻗَﻞَّ ﺻِﺪْﻗُﻪُ ﻗَﻞَّ ﺻَﺪِﻳْﻘُﻪُ
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,
Harini izzati nak berkongsi berkenaan peribahasa Arab iaitu “ﻣَﻦْ ﻗَﻞَّ ﺻِﺪْﻗُﻪُ ﻗَﻞَّ ﺻَﺪِﻳْﻘُﻪُ” :)
Peribahasa Arab ini bermaksud, “siapa yang sedikit kejujurannya, sedikit temannya.”
Jadi dari peribahasa ini apa yang boleh kita dapat adalah berkenaan betapa pentingnya kita untuk berbicara jujur. Hal ini kerana, seperti yang kita sendiri tahu, tiada seorang pun yang suka kalau orang lain bercakap bohong dengan kita, betul tak? Jadi, sebenarnya kita dituntut untuk bercakap jujur dan benar.
Dalam hadis Rasulullah S.A.W bersabda:
قُلِ الْحَقَّ، وَإِنْ كَانَ مُرًّا
Maksudnya: “Berkatalah benar, sekalipun ia pahit.”
Hadis riwayat Imam Ibn Hibban (361) dalam Sahih-nya.
Sekian perkongsian dari izzati,terima kasih kerana sudi membaca, semoga bermanfaat :)
.png)
Comments
Post a Comment