TERJEMAHAN SEMANTIK
Assalamualaikum WBT
Pada hari ini saya akan berkongsi berkenaan dengan terjemahan semantik Terjemahan Semantik ialah terjemahan yang mencuba menghuraikan makna konteks yang terdpt dlm teks asal setepat-tepatnya, setakat yang dibenarkan oleh struktur semantik dan sintaksis bahasa sasaran.
Ciri-ciri Terjemahan Semantik
1. Banyak berkisar dalam budaya asal.
2. Menolong pembaca hanya pada konotasi.
3. Lebih cenderung kepada terjemahan berlebihan.
4. Mementingkan makna.
5. Mementingkan bahasa sumber.
6. Lebih bersifat rumit, lebih terperinci, lebih kekok, lebih mendalam dan lebih menelusur proses fikiran penyampai daripada tujuannya.
7. Mementingkan bahasa dan mengandungi maklumat yang banyak.
8. Mutu terjemahan semantik selalunya lebih rendah.
9. Menyebabkan makna teks sumber hilang iaitu cuba mencipta semula setepatnya nada & sifat khusus teks asal.
10. Perkataannya dianggap tidak boleh diusik. Terjemahan semantik terpisah daripada masa dan ruang setempat
Comments
Post a Comment