PERIBAHASA ARAB: مَن حَفَرَ حَفرَةً لِأَخِيهِ وَقَعَ فِيهَ
Kali ini, saya ingin berkongsi mengenai penggunaan peribahasa Arab yang tidak asing untuk kita praktikkan dengan mudah iaitu
"مَن حَفَرَ حَفرَةً لِأَخِيهِ وَقَعَ فِيهَا"
Apabila diterjemahkan kepada bahasa Melayu, peribahasa ini bermaksud 'Siapa yang menggali lubang untuk saudaranya, dia sendiri yang akan terjatuh ke dalamnya'.
Ini bermakna peribahasa tersebut mengatakan bahawa 'seperti mana kamu buat kepada orang lain, seperti itulah kamu akan diperbuat'.
Peribahasa ini juga dapat disama ertikan dengan peribahasa Bahasa Melayu seperti
- Alang berjawab, tepuk berbalas
- Kalau dicampak bunga takkan dibalas tahi
- Apa yang ditanam, itulah yang tumbuh
- Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat
Kisah Dua Saudara
📖Terdapat kisah yang dapat dikaitkan dengan peribahasa ini yang diceritakan ada dua orang yang bersaudara yang mempunyai kisah yang berbeza. Seorang daripadanya kaya dan terkenal dan seorang lagi buta dan miskin. Malangnya, saudara yang kaya tersebut malu dengan saudaranya yang miskin itu dan merancang ingin menyingkirkannya. Dipendekkan cerita, saudara kaya tersebut meminta hamba-hambanya membuat lubang untuk saudara miskin itu. Ketika masuk waktu Subuh orang kaya tersebut bangun dan ingin keluar dari rumah dan melewati kedainya. Alangkah dia terlupa lubang yang dibuat untuk saudara miskinnya maka dia terjatuh ke dalam lubang tersebut seterusnya hambanya menutup lubang itu dengan anah kerana menyangka dialah orang yang disasarkan. Apabila selesai, hambanya bersiap sedia untuk membuka kedai tetapi saudara yang kaya itu tidak hadir sehingga datang saudara miskin. Tercengang mereka mendapati perkara tersebut dan mereka berkata: "Dia (saudara yang kaya) menggali lubang untuk saudaranya, lalu dia sendiri yang jatuh ke dalamnya.
📍Pengajaran daripada peribahasa ini menunjukkan betapa pentingnya nilai kemanusian dengan mengingati kita sebagai manusia supaya tidak saling mengkhianati antara satu sama lain kerana pada akhirnya akan dibalas kelak samada di dunia mahupun akhirat akan perbuatan yang telah dilakukan.
-aisyah/5
Comments
Post a Comment