PERIBAHASA ARAB: ILMU TANPA AMAL
Assalamualaikum. Pada hari ini saya akan berkongsi tentang peribahasa atau pepatah Bahasa Arab beserta terjemhannya serta sedikit penerangan di sebalik maksud peribahasa tersebut. Peribahasa yang saya pilih untuk dikongsikan besama pada hari ini ialah:
عِلْمٌ بِلَا عَمَلٍ كَالشَّجَرِ بِلَا ثَمَرٍ
“Ilmu tanpa amal bagaikan pohon yang tidak berbuah.”
Maksudnya, sebesar mana pun sesuatu pohon itu, tetap tidak dapat memberikan manfaat kepada sesiapa pun sekiranya pokok tersebut tidak menghasilkan dan mengeluarkan buah. Begitulah juga perumpamaannya dengan ilmu. Sehebat mana atau setinggi mana ilmu seseorang itu, tetapi kalau tidak diamalkan atau disebarkan samalah seperti pohon yang tidak berbuah.
Syeikh Abdurrahman bin Qasim Rahimahullah juga pernah mengatakan bahawa:
“Amal adalah buah dari ilmu. Ilmu itu ada dalam rangka mencapai sesuatu yang lainnya. Ilmu diibaratkan seperti sebuah pohon, sedangkan amalan adalah seperti buahnya. Maka setelah mengetahui ajaran agama Islam seseorang harus menyertainya dengan amalan. Sebab orang yang berilmu akan tetapi tidak beramal dengannya lebih buruk keadaannya daripada orang bodoh.”
Oleh itu, amalkanlah sesuatu ilmu walaupun sedikit kerana ia pasti akan membawa keberkahan dalam hidup kita. Begitu juga, janganlah kita meninggalkan ilmu yang telah kita pelajari kerana lambat laun ilmu itu pasti akan hilang dan lari meninggalkan kita. Sebaliknya, genggamlah ilmu itu dengan kuat, nescaya ilmu itu pasti akan memberi manfaat kepada kita baik di dunia, mahupun di akhirat.
Sumber: https://ms-my.facebook.com/ProgramBahasaArabABRAZ/posts/591372621384546
Comments
Post a Comment