PERIBAHASA ARAB: ๐Ÿ˜‡ ุงู„ุนู‚ู„ ุงู„ุณู„ูŠู… ููŠ ุงู„ุฌุณู… ุงู„ุณู„ูŠู…

Satu peribahasa yang sering didengari oleh semua peringkat umur khususnya bagi yang bersekolah agama; ia mengingatkan kita sebagai hamba untuk tmeletakkan hal berkaitan kesihatan sebagai perkara yang utama untuk dijaga dengan baik dan perlu diberi perhatian yang lebih. 


✨  ุงู„ุนَู‚ْู„ُ ุงู„ุณَّู„ِูŠู… ูِูŠ ุงู„ุฌِุณْู…ِ ุงู„ุณَّู„ِูŠู…

Maksudnya: Akal yang sejahtera datang dari badan yang sihat

    
    Melalui pepatah ini, kita perlu tahu betapa pentingnya seseorang itu untuk menjaga kesihatan dengan baik. Apabila badan kita sihat dan cergas, pemikiran dan segala perbuatan yang kita mahu lakukan berjalan dengan lancar mengikut apa yang dirancang. Sebagai seorang student, kita perlu sentiasa melakukan aktiviti yang menggerakkan tubuh badan kita menjadi aktif dan tidak lemau supaya kita boleh berfikir dengan bagus dan mampu menyelesaikan segala assingment yang diberikan dengan sebaiknya. Selain daripada aktiviti berjoging, brisk walk dan sebagainya; penjagaan dari segi pemakanan juga perlu dititikberatkan seperti sering amalkan makan kismis, kurma, buah delima dan sebagainya untuk menggantikan jajan yang memang diketahui boleh menjejaskan kesihatan diri kita. 

    Jadi, marilah kita sama-sama memastikan tubuh badan kita sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat, bak kata pepatah mencegah lebih baik daripada mengubati. Apabila tubuh badan kita tidak sihat, ia akan memberi kesan kepada pemikiran, emosi, diri sendiri dan juga orang sekeliling. Penting untuk sihat supaya kita dapat berfikir dengan kreatif dan kritis!!


'Tuntutlah Ilmu Setinggi Langit'

Comments

Popular posts from this blog

INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)

TOKOH PENTERJEMAHAN: EUGENE A. NIDA

HAK DAN ETIKA PENTERJEMAH DI MALAYSIA