MAKNA DALAM PENTERJEMAHAN: MAKNA KONOTASI

       📍MAKNA KONOTASI 📍


Makna konotasi atau konotatif secara umumnya boleh difahami sebagai makna yang dieksperasikan secara tersirat dalam sesebuah ujaran. Ia juga dilihat berkait rapat dengan aspek budaya, emosi, konteks penggunaan, persekitaran serta pengalaman dan lain-lain yang mana ia boleh diterjemahkan bergantung kepada tafsiran pengguna perkataan tersebut sama ada memberi nilai positif atau negatif.


Contohnya:

Perkataan

Makna Konotatif

Contoh Ayat

Bunga

Faedah pinjaman atau gadis atau tanda bermulanya sesuatu.

Zainab merupakan bunga yang menawan hati ramai jejakan di kampung itu.

Kaki Ayam

Kaki yang tidak berkasut

Fahmi terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya sudah tiada.

Dalam bidang semantik, makna konotatif atau konotasi secara umumnya merujuk kepada makna yang
dikemukakan secara tersirat dalam sesebuah ujaran. Makna konotatif juga dilihat sebagai mempunyai kaitan dengan
budaya, konteks penggunaan, pengalaman serta persekitaran, emosi, pendidikan dan pandangan tentang dunia.
Menurut [25], konotasi ialah makna yang tidak berkait dengan deria, rujukan dan denotasi tetapi mempunyai faktor
tambahan seperti emosi, tahap keformalan dan adakalanya bersifat eufemisme.Dalam bidang semantik, makna konotatif atau konotasi secara umumnya merujuk kepada makna yang
dikemukakan secara tersirat dalam sesebuah ujaran. Makna konotatif juga dilihat sebagai mempunyai kaitan dengan
budaya, konteks penggunaan, pengalaman serta persekitaran, emosi, pendidikan dan pandangan tentang dunia.
Menurut [25], konotasi ialah makna yang tidak berkait dengan deria, rujukan dan denotasi tetapi mempunyai faktor
tambahan seperti emosi, tahap keformalan dan adakalanya bersifat eufemisme.

Comments

Popular posts from this blog

INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)

TOKOH PENTERJEMAHAN: EUGENE A. NIDA

HAK DAN ETIKA PENTERJEMAH DI MALAYSIA