PENGENALAN BLOG DAN AHLI



  • Nama Kumpulan:

          LINGUIST JOURNEY

          - Nama dicipta bersesuaian dengan objektif blog ditubuhkan.


  • Pengenalan Ahli Kumpulan:


السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Nama diberi Balqis binti Roslan. Saya berasal dari Nibong Tebal, Pulau pinang.
Saya merupakan pelajar tahun 3 program Pengajian Arab dan Tamadun Islam 
Universiti Kebangsaan Malaysia hasil daripada lulusan STAM pada tahun 2019.
Saya berharap semoga perkongsian di blog ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat dan ilmu pengetahuan baru kepada para pembaca, in sha Allah.


Hai dan salam perkenalan semua 👋 nama saya Nur Aisyah Binti Md Rahim berasal dari Kuala Langat, Selangor. Kini saya mengambil program Pengajian Arab dan Tamadun Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia selepas tamat pengajian Sijil Tinggi Agama Malaysia pada tahun 2019. Harapan saya dengan tertubuhnya blog ini dapat berkongsi pendapat dan pengetahuan mengenai ilmu penterjamahan dengan lebih meluas.

                                                             
                                                              السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Nama, Nurizzati binti Hasbullah :) Saya berasal dari Pulau Pinang iaitu salah satu negeri yang terletak di Utara tanah air. Saya merupakan pelajar lulusan Sijil Tinggi Agama Malaysia sebelum melanjutkan pelajaran dalam Program Pengajian Arab dan Tamadun Islam di Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya berharap perkongsian saya bersama kawan-kawan saya yang lain di dalam blog kami ini dapat memberi manfaat kepada para pembaca :) Terima kasih sudi singgah di blog kami ;)


بسم اللّه الرحمن الرحيم

Hai!! Kaifahalukum👋. Nama saya Farah Natasha binti Abdul Aziz. Saya berasal dari negeri Selangor Darul Ehsan. Mari kita sama-sama menambah pengetahuan tentang terjemahan. Teguran yang membina sangat dialu-alukan dalam blog ni. Kita belajar dari zero, lama-lama inshaa Allah boleh arif tentang terjemahan. Nanti boleh ajak kenalan yang lain jenguk penulisan kami ni, okay👌. Terima kasih daun keladi🌹. Semoga Allah permudahkan urusan kita semua. Aamiin.


  • Objektif Blog :

1. Satu platform tentang perkongsian pengalaman ketika mempelajari ilmu terjemahan Arab-Melayu-Arab.

2. Memuatkan perkataan-perkataan Bahasa Arab yang baru dipelajari beserta kesesuaian maksudnya.

3. Mengisahkan tentang ilmu penterjemahan secara umum dan khususnya berkaitan penterjamahan Arab-Melayu-Arab.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)

TOKOH PENTERJEMAHAN: EUGENE A. NIDA

HAK DAN ETIKA PENTERJEMAH DI MALAYSIA