TERJEMAHAN LAGU HANYA RINDU VERSI BAHASA ARAB💞

Bismillahirrahmanirrahim.. harini hari kedua bulan Disember, harapnya semua bersemangat untuk hadapi bulan yang baru😇. Malam ni saya ingin berkongsi sedikit lagu daripada Indonesia yang telah dicover oleh orang Malaysia sendiri dalam versi bahasa arab. Mari kita hayati lirik ini bersama-sama..😉 

    Sebelum itu, sedikit pengenalan mengenai lagu ini. Lagu Hanya Rindu versi bahasa arab ini dinyanyikan oleh Syed Salahuddin di bawah naungan Tarbiyah Sentap yang mana lagu asalnya dinyanyikan oleh Andmesh, seorang penyanyi daripada Indonesia. 


Terjemahan Lagu Hanya Rindu:

أُحِبُّكِ يَا مَنْ، إِلَيْهَا أَهْدِي كَلِمَاتِي

Aku mencintaimu, wahai orang yang kudedikasikan kata-kataku padanya

أَطَالَ فِي عُمْرِِهَا يَا رَبَّ العَلَمِين

panjangkan umurnya wahai Tuhan seluruh alam.

لَوْ جُمِعَتْ أَيَّام عُمْرِي مِن فَرْحٍ

Kalaulah aku kumpulkan saat-saat gembira dalam hidupku

مَا تُسَاوِي لَحْظَة مِنْ وَقْتِي مَعَكِ

semuanya tidak akan dapat menyamai indahnya waktu yang aku habiskan denganmu.

أَنْتِ الحُبُّ وَالجَنَّةُ تَحْتَ قَدَمَيْك

Engkau adalah cinta, dan Syurga berada di bawah telapak kakimu

لاَ تَؤُمُّ الْقُلُوبُ إِلاَّ إِلَيْك

Hati takkan mudah percaya kecuali hanya padamu

خَفْقُ الرُّوْحِ لَنْ يَجْزِي عَبِيرًا فَاحَ بِعَطَائِك

Bilangan denyut nadi takkan mampu membalas semerbak pemberianmu

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى الإِحْسَانِ إِلَيْهَا

Ya Allah, bantulah aku untuk berbakti padanya

لِلأُمِّي الحَبِيبَةِ

Untuk ibuku yang tercinta

صَبَاحُ الخَيْرِ يَا كُلَّ الخَيْر

Selamat pagi untuk pemilik segala kebaikan

فَأَنْتِ فَقَطْ تَسْتَحِقِّيْنَهَا

Maka hanya engkau yang pantas dicintai

أُمِّي الْحَبِيبَةِ

Ibuku yang paling dikasihi

يَا بَحْرِي وَشَمْسِي

Wahai lautanku dan matahariku

أَنَا أَحْتَاجُكِ دَوْمًا يَا أُمِّي

Aku selalu memerlukanmu wahai ibuku

رَبِّي أَبْعَدَ عَنْ أُمِّي مَتَاعِبَ الدُّنْيَا،

Tuhan, jauhkan ibuku dari masalah dunia,

وَلاَ تَذُقْهَا طَعْمَ الأَلَمِ يَا شَافِي

Dan tidak merasakan sebarang kesakitan Wahai Maha Pemyembuh

وَلاَ دُمُوعَ الحُزْنِ أَسْعَدَهَا وَاحْفِظْهَا لِي

Dan dari air mata kesedihan, Gembirakannya dan jagalah dia untukku

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى الإِحْسَانِ إِلَيْهَا

Ya Allah, bantulah aku berbakti padanya

لِلأُمِّي الحَبِيبَةِ – حَبِيبَتِي – يَا أُمِّي

Untuk ibuku yang tercinta – Yang Tercinta – Wahai ibuku


Akhir kata, berbaktilah kepada kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada✨..Cuba berikan dan lakukan yang terbaik untuk mereka. Jika sudah tiada, hadiahkan al-fatihah, doa dan berbuat baiklah kepada orang sekeliling😇. 


'Tuntutlah Ilmu Setinggi Langit'

Comments

Popular posts from this blog

INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)

TOKOH PENTERJEMAHAN: EUGENE A. NIDA

HAK DAN ETIKA PENTERJEMAH DI MALAYSIA