JENIS TERJEMAHAN: TERJEMAHAN BEBAS

Terjemahan Bebas

 

Terjemahan bebas adalah satu kaedah terjemahan yang tidak terikat pada tataran kata demi kata dan perkataan, tetapi lebih cenderung kepada mencari padanan makna mengikut bentuk yang diterima dalam bahasa sasaran (Nababan, 2003:31).

 

Kelebihan dan kekurangan Terjemahan Bebas

 

Kelebihan dari jenis terjemahan ini adalah kesetiaannya pada mesej yang terkandung dalam bahasa sumber. Penterjemah bebas berusaha mengalihkan makna ke dalam bahasa sasaran dengan berbagai macam cara, tetapi ia tidak boleh mengurangi atau menambah informasi baru yang tidak terdapat dalam bahasa sumber. Ungkapan idiomatik dan peribahasa seringkali diterjemahkan menggunakan kaedah ini.

 

Contoh:

Bahasa sumber: Killing two birds with one stone.

Bahasa sasaran: Menyelam sambil minum air.

 

Terjemahan seperti di atas, peribahasa yang digunakan tidak lagi terikat dengan kata-kata yang digunakan dalam bahasa sumber. Walaupun demikian makna yang ada dalam bahasa sumber dan bahasa sasaran masih sepadan, kerana tidak ada makna yang hilang atau berkurang dalam bahasa sasaran. Jenis terjemahan ini lebih mementingkan isi daripada padanan kata dan bentuk perkataan. Jadi terjemahan bebas lebih menekankan pada kesetiaan makna yang disampaikan dalam berbagai bentuk yang wajar dan berterima dalam bahasa sasaran.

 

Kelemahan dari jenis terjemahan ini  adalah sifatnya yang sering tidak terikat pada pencarian padanan kata atau perkataan. Penterjemah harus mampu menangkap isi dalam bahasa sumber secara utuh dan kemudian mengalihkan serta mengungkapkannya dalam bahasa sasaran. Hal itu sukar dilakukan terutama oleh penterjemah yang belum berpengalaman.

Comments

Popular posts from this blog

INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)

TOKOH PENTERJEMAHAN: EUGENE A. NIDA

HAK DAN ETIKA PENTERJEMAH DI MALAYSIA