JENIS TERJEMAHAN: PENTERJEMAHAN KOMUNIKATIF


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Harini izzati nak berkongsi berkenaan "penterjemahan komunikatif" :)

Newmark (1981:62) memberikan pandangannya berkenaan fungsi terjemahan sebagai alat komunikasi melalui pernyataannya, “…translation is basically a means of communication or a manner of addering one or more persons in the speaker presence.” Sementara itu Soemarno (1997:7) menjelaskan bahawa penterjemahan komunikatif adalah bentuk penterjemahan yang selalu berusaha untuk menimbulkan ‘efek’ pada pembaca terjemahan, seperti ‘efek’ yang dirasakan oleh pembaca pada waktu mereka membaca teks. Dengan demikian, fungsi penterjemah adalah sebagai komunikator sekaligus mediator antara penulis teks dengan pembaca terjemahan.

Kelebihan dari jenis penterjemahan ini adalah fungsi utamanya sebagai suatu alat untuk menyampaikan atau mengungkapkan perasaan orang lain. Jenis ini juga mengambil berat akan pentingnya semua unsur di dalam proses penterjemahan iaitu  unsur-unsur seperti bahasa sumber dan bahasa sasaran, budaya,  penulis teks, penterjemah, keefektifan bahasa terjemahan dan pembaca terjemahan.  

Kelemahan dari jenis penterjemahan ini adalah syarat-syarat yang ketat agar bahasa terjemahan mempunyai bentuk, makna, dan fungsi. Hal ini perlu diberi perhatian kerana ada kemungkinan suatu  ayat sudah betul secara sintaksis, tetapi maknanya tidak logik, atau bentuk dan maknanya sudah betul, namun penggunaannya tidak tepat, seperti contoh di bawah ini.  

1. I told that you were wrong.  

(secara sintaksis ayat ini salah, meskipun maknanya logik)  

2. I told the star that you were wrong.  

(secara sintaksis ayat ini betul, tetapi maknanya tidak logik)

Sekian perkongsian dari izzati,terima kasih kerana sudi membaca, semoga bermanfaat :)

Comments

Popular posts from this blog

INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)

TOKOH PENTERJEMAHAN: EUGENE A. NIDA

HAK DAN ETIKA PENTERJEMAH DI MALAYSIA