JENIS TERJEMAHAN: PENTERJEMAHAN SEMANTIK

 Assalamualaikum semua. Semoga sihat selalu. Harini kita belajar satu lagi jenis terjemahan iaitu "penterjemahan semantik"


    Terjemahan semantik ialah suatu kaedah terjemahan yang bertunjangkan teks asal dan lebih mengekalkan unsur, makna dan budaya yang terkandung di dalam teks asal. Menurut Nida (1981), kaedah terjemahan semantik cuba menghasilkan seberapa banyak maklumat dalam teks sasaran yang mempunyai makna, struktur dan budaya asal yang hampir maknanya dengan terjemahan yang lebih mendalam kerana ingin menyalurkan proses pemikiran yang wujud di dalam teks tanpa mengabaikan maksud penyampaian sebenar penulis asal. 

    Jenis terjemahan ini juga lebih menitikberatkan nilai keindahan dan kewajaran dan jika di dalam teks asal terkandung perkataan yang bersifat budaya, ia akan diterjemahkan dengan perkataan yang neutral. Antara ciri-ciri terjemahan semantik ialah makna dan bahasa sumber menjadi satu keutamaan, ia juga lebih bersifat mendalam, terperinci dan bersifat rumit, mementingkan bahasa dan mengandungi maklumat yang banyak, bersifat lebih meluas dan sejagat, ia seperti berbicara dengan semua pembaca atau pendengar dan akhir sekali ialah terjemahan semantik ini cuba untuk mengekalkan idiolek penulis yakni gaya penulisan penulis tersebut. 


'Tuntutlah Ilmu Setinggi Langit'

Comments

Popular posts from this blog

INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)

TOKOH PENTERJEMAHAN: EUGENE A. NIDA

HAK DAN ETIKA PENTERJEMAH DI MALAYSIA