JENIS PENTERJEMAHAN: PENTERJEMAHAN HARFIAH
Pelbagai jenis penterjemahan yang telah diaplikasikan bagi mendapatkan sesuatu maksud atau makna sesuatu perkataan mahupun ayat. Kali ini, saya ingin memperkenalkan penterjemahan harfiah.
Definisi penerjemahan harfiah:
Memindahkan perkataan bahasa sumber kepada bahasa sasaran di samping memelihara struktur dan susunan antara kedua-dua bahasa tersebut berdasarkan kaedah bahasa sasaran dengan syarat terjemahan yang dihasilkan mesti mengekalkan makna dan pengertian makna bahasa sumber.
Boleh dikatakan penerjemahan jenis ini terletak diantara penerjemahan kata demi kata dan penerjemahan bebas. Proses yang berlaku bermula dengan menggunakan penerjemahan jenis kata demi kata kemudian diubah dengan perubahan-perubahan seperlunya mengikut kesesuaian tatabahasanya.
Contoh penterjemahan harfiah dalam Al-Quran yang mengekalkan terjemahannya kata demi kata:
1. Firman Allah SWT dalam surah al-Ikhlas:
قُلۡ هُوَ ٱللَّهُ أَحَدٌ ١
Maksud: Katakanlah, Dialah Allah yang Maha Esa.
2. Firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah:
ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ ٢
Maksud: Kitab ini (Al-Quran) tidak ada keraguan padanya, petunjuk bagi mereka yang bertaqwa.
-aisyah/28
Comments
Post a Comment