DOA MINTA KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT

Dikala hidup di muka bumi ini pastinya kita sebagai manusia menginginkan kebaikan di dunia dan akirat. Terdapat pelbagai doa yang telah disebutkan dan diamalkan pada masa kini, tetapi saya ingin berkongsi salah satu doa yang kerap Rasulullah gunakan untuk berdoa dalam kehidupan sehariannya. 

Menurut hadis yang diriwayatkan oleh Anas RA berkata:

((كَانَ أَكْثَرُ دُعَاءِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ))

Maksud:  Doa Nabi Muhammad SAW yang paling sering diucapkan ialah: 

اللَّهُمَّ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

'Ya Allah, Ya Tuhan Kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat serta peliharalah kami dari seksa api neraka'.

(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Semoga kehidupan kita sentiasa diberikan kebaikan baik di dunia dan di akhirat dalam segala hal yang tidak bertentangan dengan perintah Allah.


-aisyah/21

Comments

Popular posts from this blog

INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)

TOKOH PENTERJEMAHAN: EUGENE A. NIDA

HAK DAN ETIKA PENTERJEMAH DI MALAYSIA