KENALI PENULIS KAMUS AL-MARBAWI

 Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua,

Harini izzati nak berkongsi pula berkenaan tokoh yang telah menulis dan menghasilkan sebuah kamus iaitu Kamus al-Marbawi.





SYAIKH MOHAMED IDRIS AL-MARBAWI


Nama lengkap tokoh yang menghasilkan Kamus al-Marbawi ialah Mohamed Idris bin Abdul Raof al-Marbawi al-Azhari. Nama ini digunakan pada hampir keseluruhan karya-karya penulisan beliau. Gelaran al-Marbawi yang terdapat pada nama beliau adalah berasal dari nama kampung asal keluarga beliau di Lubuk Merbau yang terletak di daerah Kuala Kangsar, Perak. Manakala, al-Azhari pula merujuk kepada Universiti al-Azhar di Mesir iaitu tempat beliau menuntut ilmu dalam bidang pengajian Islam. Al-Marbawi dilahirkan pada 28 Zulkaedah 1313H bersamaan 12 Mei 1896 di kampung Masfalah Makkah al-Mukarramah. Tarikh dan tempat lahirnya ini dinyatakan dalam kamusnya yang terkenal iaitu Kamus al-Marbawi.  

KAMUS AL-MARBAWI

    Syaikh al-Marbawi memperoleh pelajaran dan pendidikan agama sejak awal daripada keluarganya yang sentiasa mengambil berat terhadap pelajarannya. Proses pendidikan dan perkembangan ilmu al-Marbawi melalui tiga peringkat iaitu peringkat pengajian di Makkah, pengajian di Tanah Melayu dan pengajian di Mesir. Antara guru-guru beliau di Mesir ialah Syaikh Muhammad Ibrahim al-Samaluti, Syaikh Mahmud Ghunaym, Syaikh Muhammad Bahith, Syaikh Abu al-Ala al-Falaki, Al-Allamah al-Makki al-Syaikh Muhammad Ali al-Maliki dan Al-Ustaz Abdul Wasif bin Muhammad. 

Sekian perkongsian dari izzati, semoga bermanfaat :)

    

Comments

Popular posts from this blog

INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)

TOKOH PENTERJEMAHAN: EUGENE A. NIDA

HAK DAN ETIKA PENTERJEMAH DI MALAYSIA