KENALI HUNAYN IBN ISYAQ – TOKOH PENTERJEMAH BUKAN ISLAM ERA ABBASIYAH


Assalamualaikum semua. Semoga semua sihat-sihat sahaja😉. Hari ni kita cuba tengok pula tokoh penterjemah bukan Islam era Abbasiyah. Siapa tu? Ha, jangan risau…jom kita mengenali sedikit latar belakang tokoh ini yang mana ketokohannya telah menaikkan tamadun Islam di bawah tampuk pemerintahan kerajaan Abbasiyah.



 HUNAYN IBN ISYAQ

  • Seorang tokoh yang berpengaruh dalam dunia penterjemahan dan perubatan di timur dan barat. 
  • Namanya ialah Abu Zayd Hunayn Ibn Ishaq al-Ibadi
  • Dilahirkan pada tahun 809 M di Hirah iaitu di selatan negara Iraq.
  • Beliau sangat berminat dalam bidang penterjemahan khususnya karya penulisan manuskrip yang berkaitan dengan sains dan perubatan Yunani.
  • Telah menterjemah lebih 112 buah karya dari tamadun Yunani disamping 30 buah hasil karyanya tersendiri. 
  • Banyak menghasilkan buku-buku dan penulisan karya yang bermutu sehingga dirujuk dan diguna pakai pada zaman sekarang.
  • Merupakan seorang tokoh perubatan dan sains terbaik pada era awal Abbasiyah.

  • Melakukan penterjemahan manuskrip perubatan Yunani daripada bahasa Yunani kepada Syria dan bahasa Arab. 

‘Tuntutlah Ilmu Setinggi Langit’

Comments

Popular posts from this blog

INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)

TOKOH PENTERJEMAHAN: EUGENE A. NIDA

HAK DAN ETIKA PENTERJEMAH DI MALAYSIA