KELEBIHAN KEMAJUAN TEKNOLOGI MODEN DALAM PROSES PENTERJEMAHAN

 KELEBIHAN KEMAJUAN TEKNOLOGI MODEN DALAM PROSES PENTERJEMAHAN

 

Kemajuan teknologi hari ini banyak memudahkan urusan seharian kita tidak kira dari segi pekerjaan, kerja rumah dan sebagainya. Begitu juga dalam bidang ilmu penterjemahan juga tidak terkecuali daripada mendapat manfaatnya. Terdapat dua cara yang berbeza dalam proses penterjemahan iaitu cara terjemahan generasi lama dan cara penterjemahan generasi sekarang selepas kewujudan teknologi.

 

Cara penterjemahan generasi lama: 

-        Menaip sendiri terjemahan mereka menggunakan mesin taip. Cara ini menggunakan sepenuhnya kemahiran menterjemah yang dipelajari oleh seseorang penterjemah dan kebiasaannya akan mengambil masa yang lama ketika dalam proses memeriksa terjemahan tersebut.

 

Cara penterjemahan generasi sekarang:

-       Berbekalkan kemajuan teknologi moden, para penterjemah  boleh mempercepatkan proses memeriksa terjemahan dengan mengimlakkan teks pada pita/kaset atau mendapatkan khidmat jurutaip profesional yang mahir dalam penggunaan teknologi kini. Hasilnya, penterjemahan tersebut bebas daripada kesilapan menaip/kesalahan ejaan. 

-       Selain itu, kemajuan pada perisian komputer juga dapat mempercepatkan proses memeriksa penterjemahan. Hal ini kerana telah wujud komputer yang mengandungi perisian pemprosesan kata dan penterjemah boleh mengesan kesilapan menaip/ejaan dengan cepat.

 

Kesimpulannya, kita haruslah memanfaatkan kemajuan teknologi moden hari ini ke arah perkara yang memberi manfaat seperti menggunakannya dalam proses menterjemah agar kualiti sesuatu penterjemahan dapat dijaga bagi mengelakkan kesilapan dalam menterjemah sebelum disebarkan pada para pembaca.

Comments

Popular posts from this blog

INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)

TOKOH PENTERJEMAHAN: EUGENE A. NIDA

HAK DAN ETIKA PENTERJEMAH DI MALAYSIA