KELAYAKAN BAGI SEORANG PENTERJEMAH


Hai semuaaa👋..sihat ke tu?..harini kita study yang ringan-ringan sikit la eh😂..semalam kita dah belajar pasal istilah-istilah yang ada sangkut paut dengan pilihan raya. Hai maklumlah minggu depan 19/11/2022 kan, semua warganegara Malaysia yang berumur 18 ke atas perlu keluar mengundi😉..Jadi jangan lupa tanggungjawab anda untuk sama-sama kita memberi undi kepada yang layak. Okay, mari kembali ke pangkal jalan balik..kali ni farah nak kongsi dengan korang pasal apa je ciri-ciri yang melayakkan seseorang itu menjadi penterjemah. Jom mulaaa!!!


📌Penterjemah tu perlu tahu tentang bahasa sumber, apa yang ingin diterjemahkan, siapa golongan sasaran dan sebagainya supaya golongan yang membaca itu dapat memahami dan mendapat input daripada terjemahan. 

📌Mempunyai ingatan yang baik, minat yang mendalam dalam terjemahan supaya kerja penterjemahan yang akan dibuat nanti, tidak akan terhenti di separuh jalan serta perlu ada sifat jujur dan amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi. 

📌 Penterjemah tidak ada sifat malu bertanya kepada yang lebih arif akan sesuatu topik tersebut. Bak kata pepatah 'malu bertanya, sesat jalan' dan juga 'biar nampak bodoh seketika dengan bertanya, jangan bodoh selamanya kerana tidak bertanya'. 


Jangan pernah sesekali menyatakan bahawa tugas menterjemah adalah satu tugas yang mudah, bahkan ia sebenarnya perlu ada kekuatan fizikal dan mental serta beberapa kelebihan yang diselitkan di atas, agar kerja terjemahan teks berjalan dengan lancar, telus dan baik. Jadi, mari betulkan kembali perspektif negatif anda, tukar ia kepada yang lebih positif. Itu sahaja daripada saya😊 

"Tuntutlah Ilmu Setinggi Langit"

Comments

Popular posts from this blog

INSTITUT TERJEMAHAN BUKU MALAYSIA (ITBM)

TOKOH PENTERJEMAHAN: EUGENE A. NIDA

HAK DAN ETIKA PENTERJEMAH DI MALAYSIA