KEISTIMEWAAN MEMPELAJARI BAHASA ARAB
Allah SWT telah menetapkan bahasa Arab sebagai bahasa Al-Quran dan As-Sunnah. Ia juga digunakan dalam perlakuan solat, zikir, haji dan ibadah-ibadah lain.
Rasulullah SAW, nabi junjungan kita turut bertutur dalam bahasa Arab. Buktinya, firman Allah SWT yang bermaksud:
“Dan Kami tidak mengutuskan seseorang Rasul melainkan dengan bahasa kaumnya supaya ia menjelaskan (hukum-hukum Allah) kepada mereka…” (Surah Ibrahim: 4) Oleh itu, kita sebagai umat Islam, amat digalakkan untuk belajar bahasa Arab.
Antara kelebihan mempelajari bahasa arab adalah :
1. Boleh memahami bahasa al-Quran
Allah telah menurunkan Al-Quran dalam bahasa Arab. Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.” (Surah Yusuf: 2)
Begitu jelas ayat di atas menyatakan kepentingan belajar bahasa Arab adalah untuk memahami isi kandungan Al-Quran. Jika sekadar dibaca tanpa faham, maka kuranglah input yang anda perolehi. Pada awal pembelajaran, pastinya susah, tetapi dengan kesungguhan yang tak putus, in shaa Allah, Allah permudahkan. Anda boleh memahami maksud setiap bait Kalamullah dengan lebih baik jika anda pelajari bahasa Arab.
2. Mudah Mempelajari Ilmu
Peluang untuk mempelajari ilmu-ilmu baru juga terbuka luas jika anda memahami bahasa Arab. Contohnya, anda akan berasa lebih mudah untuk tangkap pembelajaran ilmu daripada para ulama’ secara langsung ataupun tidak langsung. Oleh disebabkan para ulama’ ramai yang fasih berbahasa Arab, pemahaman anda dalam bahasa Arab ini akan memudahkan proses menggali ilmu daripada para ilmuan. Selain itu, anda boleh membaca karya ulama’ tanpa perlukan terjemahan. Dalam pada masa yang sama, anda berpeluang untuk mempelajari lebih dalam ilmu bahasa Arab.
3. Membuka Peluang Pekerjaan
Bahasa Arab sering digunakan bagi membincangkan urusan rasmi antara dua negara. Dengan kemahiran bahasa Arab, anda pasti akan diberi kepercayaan untuk menguruskan banyak perkara yang berkaitan. Contohnya, pekerjaan sebagai petugas haji dan mutawif umrah. Bukan itu sahaja, anda juga boleh merebut peluang pekerjaan yang memerlukan bahasa Arab sebagai kriteria utama jawatan tertentu. Sekiranya anda mendapat peluang untuk bekerja di negara-negara Arab, anda boleh terus menetap di sana sehingga tamat perkhidmatan.
Sumber Rujukan :
https://beanahomequran.com/13-keistimewaan-belajar-bahasa-arab-2/
Comments
Post a Comment