KAMUS ARAB-MELAYU-ARAB DI MALAYSIA
πKAMUS ARAB-MELAYU-ARABπ
Sebanyak 115 buah kamus Arab-Melayu, Melayu-Arab dapat dikumpulkan bermula Era Revolusi 2.0 hingga Era Revolusi 4.0.
πTerdapat lima bahagian bagi kategori penerbitan kamus Arab-Melayu-Arab:
1. Jenis kamus dengan merujuk kepada kamus dwibahasa Arab-Melayu/Melayu-Arab dan kamus aneka bahasa yang bercampur dengan bahasa lain seperti bahasa Inggeris dan Cina.
2. Tempat dan tahun diterbitkan.
3. Nama penulis atau penyusun kamus.
4. Syarikat penerbitan.
5. Mengenai format cetakan kamus bermula daripada saiz poket, kecil dan besar.
πTiga buah kamus besar Arab-Melayu yang dianggap terbaik untuk dijadikan bahan rujukan dan pembelajaran bahasa Arab:
1. Kamus Besar Dewan Arab-Melayu Terbitan DBP.
2.Kamus Kontekstual al-Khalil oleh Abu Abdullah Hanafi Dollah. Terbitan Pustaka Salam.
3. Kamus Moden al-Miftah Arab-Melayu-Inggeris terbitan Al-Azhar Media.
πLima buah kamus kecil Melayu-Arab dan Melayu-Arab yang dianggap terbaik dijadikan bahan rujukan dan pembelajaran bahasa Arab bagi pelajar peringkat menengah ialah:
1. Kamus Pustaka (Melayu-Arab) oleh Abu Abdul Latif Ahmad bin Othman Bajunid terbitan Darulfikir.
2. Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab & Bahasa Arab-Bahasa Melayu oleh Abd. Rauf Hj.Hassan Azhari, terbitan Federal-Marshall Cavendish Education.
3. Poket Al-Khalil (Melayu-Arab) oleh Abu Abdullah Hanafi Dollah. Terbitan IIUMPress Sdn. Bhd.
4. Kamus Al-Tullab (Arab-Melayu) oleh Hussain Bin Unang. Terbitan Darulfikir.
5. Kamus al-Marbawi (Arab-Melayu) oleh Muhammad Idris al-Marbawi. Diterbitkan oleh Pustaka Nasional.
Rujukan: Taj Rijal Muhamad Romli & Ariza Abdullah. Kamus Arab-Melayu Dan Melayu-Arab dalam Era Perkembangan Industri 1.0 Sehingga 4.0. 2019. Persidangan Penterjemahan Antarabangsa ke-17.
-aisyah/24
Comments
Post a Comment