Di Malaysia, kebanyakan istilah-istilah Arab dipinjampakai dalam bahasa Melayu dan makna istilah Arab yang digunakan mempunyai makna yang sama dan tidak terlalu berbeza.
Unik bukan bahasa Melayu. Maka daripada situ, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah berbangga kerana dapat bertutur dalam bahasa Melayu sekaligus bahasa Arab.
Berikut contoh istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu:
BIL | BAHASA MELAYU | BAHASA ARAB | MAKSUD |
1 | Maktab | مكتب | tempat belajar, sekolah atau institusi untuk ilmu khas |
2 | Madrasah | مدرسة | perguruan |
3 | Kuliah | كلية | pelajaran yang disampaikan oleh guru atau pensyarah di universiti atau maktab |
4 | Taklimat | تكلمة | penerangan ringkas tentang sesuatu perkara; mentaklimatkan memberikan penerangan atau arahan yang perlu secara ringkas tentang sesuatu perkara |
5 | Fatwa | فتوى | keputusan tentang sesuatu hukum agama (yang belum pernah diputuskan lagi) berdasarkan nas al-Quran, hadis, dan sumber hukum lain, termasuk ijtihad oleh mufti (atau mereka yg berwenang tentang keputusan hukum syarak) |
6 | Makalah | مقالة | rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yang disiarkan dalam majalah, surat khabar, dll |
7 | Wilayah | ولاية | daerah/ kawasan/ negeri/ provinsi |
8 | Riadah | رياضة | senaman |
9 | Rasmi | رسم | disahkan oleh kerajaan atau yg berkuasa/ diisytiharkan (ditentukan, disahkan) oleh kerajaan atau jabatan dll |
10 | Ustaz | استاذ | guru agama lelaki |
-aisyah/7
Comments
Post a Comment